Ziarah Ke Makam Mahsuri

| May 18, 2009 | 0 Comments


Kami hanya sempat berkunjung ke Makam Mahsuri pada hari ke-6 di Langkawi. Inilah kali pertama juga saya menjejakkan kaki ke sini. Sebelum ini hanya mendengar ceritanya, tengok ceritanya kat tv, baca daripada buku dan sebagainya. Kali ini Makam Mahsuri, Lagenda di Langkawi berada di depan mata saya.

Kat Makam Mahsuri

Di sini terdapat rumah milik keluarga Mahsuri dan beberapa orang besar dahulukala. Ianya di jaga rapi dan dipamerkan untuk tatapan umum generasi ke generasi.


Kisah Tentang Mahsuri

Mahsuri – Gambaran Pelukis

Lagenda keanggunan Mahsuri memang terkenal diseluruh pelusuk jajahan pada masa itu. Kejelitaannya penuh dengan sopan-santun, baik budi pekerti, dan mempunyai semua sifat kewanitaan yang sempurna. Hingga dia menjadi kegilaan semua para jejaka. Anak gadis Pandak Mayah dan Mak Andak Alang ini akhirnya berkahwin dengan Wan Mat Deris anak kepada Dato Seri Kama Jaya yang merupakan pembesar Langkawi pada masa itu. Sebelum itu Dato Seri Kama Jaya juga tertarik hati dengan kecantikkan Mahsuri dan ingin menjadikannya sebagai isteri kedua. Namun ia ditentang oleh isteri pertamanya Mahura. Ternyata pengaruh Mahura sangat kuat dan Dato Seri Kama Jaya membatalkan hasratnya itu.

Rumah Pandak Mayah dan Mak Andak Alang

Buai milik anak Mahsuri



Mahsuri dan Wan Mat Deris dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus. Macam-macam hal dibuat oleh Mahura kerana mencemburui Mahsuri. Ini kerana ia takut suaminya masih menyimpan hasrat kepada Mahsuri dan populariti Mahsuri juga semakin meningkat. Sehinggalah suami Mahsuri keluar berdagang, Mahura menfitnah Mahsuri ada hubungan sulit dengan seorang pedagang muda, Deramang.

Kat Muzium kot…

Akhirnya, Mahsuri ditangkap dan dihukum rejam dengan tombak. Namun ianya tidak lut sehinggalah Mahsuri sendiri menyatakan tubuhnya hanya lut dengan tombaknya sendiri. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Mahsuri telah bersumpah- Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan.

Fakta

Sejarah Mahsuri berlaku sekitar tahun 1817 hingga 1821. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan. Negeri Kedah ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, dan penghulu Langkawi ialah Dato’ Pekerma Jaya. Kisah Mahsuri adalah sejarah bukan legenda, ini diperakui ramai tokoh sejarah Kedah, bagaimanapun peristiwa itu merupakan cerita lisan rakyat, hakikat terdedah kepada unsur tokok tambah, maka kemasukan unsure mitos dan lagenda tidak dapat dielakkan.


Logik

Setelah pulau ini musnah oleh serangan Siam dan Inggeris, penduduk Langkawi sentiasa hidup dalam ketakutan dan Langkawi tinggal dalam keadaan mundur. Peristiwa pembunuhan Mahsuri dengan sumpah padang jarak selama tujuh keturunan dalam konteks sejarah sumpahan itu tidak boleh dijadikan alas an kepada kemunduran Langkawi. Bukan sahaja mitos atau lagenda itu bercanggahan dengan akidah, malah ada faktor lain yang lojik boleh dikaitkan dengan kemunduran itu.

Aisyah – Generasi ke-7 keturunan Mahsuri dikatakan penamat kepada sumpahan Mahsuri

Sumber :
1-Info kat Makam Mahsuri
2-www.mykedah2.com



Category: CUTI-CUTI MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.