Hutan Lipur Kaching

| Dec 10, 2009 | 1 Comment
Ramai..Sampai ‘abg mat’ kita tukar pakaian kat sini jer, tandas penuh….

Pastinya anda pernah ke Hutan Lipur, Air Terjun Kaching. Ianya berada di antara laluan Kuala Lumpur ke Rawang. Ya, cuma mengambil masa antara 30 minit sahaja dari pusat bandaraya, Kuala Lumpur. Nak naik bas boleh juga. Naik bas No. 43 menuju ke Rawang. Kalau berkereta nak parking boleh, cuma kena caj RM2 sekali masuk.

port menarik kat bawah pokok jer… (bkn port sekodeng)

Air Terjun Kaching, boleh dikatakan tersangat istimewa bagi sesiapa sahaja yang inginkan ketenangan sementara daripada keributan kota. Air Terjun Kaching menawarkan kepada anda semua suasana hutan simpan yang menarik dan segar. Terletak antara 7km dari Rawang dan 23km dari Kuala Lumpur, jaraknya tidaklah jauh sangat kan.

Nak mandi air terjun pon kena berasak-asak…huhhh…

Penulis sendiri telah pergi kesana baru-baru ini. Boleh dikatakan hari tersebut sememangnya hari yang paling ramai pengunjung. Sehinggakan nak cari tempat duduk (berkelah) pun susah. Alahai, nasib baik ada lokasi menarik (kira ok la) kat bawah pokok sana tu.

Jom mandiiiii…..

Tapi untuk mencari tempat tu (tempat mandi baik punya…) kita kena berjalan naik bukit sekitar 30 minit. Adoii.. Letih gak tu. Bawa barang lagi. Namun apa yang penting kita puas hati kan. Mandi punya mandi, sedar-sedar dah petang. Mak oiii…penulis memang dah mandi sakan pun. Tambahan pula dengan bekal makanan yang dibawa bolehla alas perut untuk tambah tenaga mandi air terjun. hahaha…

Airnya cetek, jadi takdela bahaya sangat. Cuma hati-hati dengan batunya jer….

p/s : jom berkelah… bestttt…


Category: CUTI-CUTI MALAYSIA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anonymous says:

    best gak ni..ada chalet ke x kat cni?

Leave a Reply

Your email address will not be published.