Alza VS Exora : Perbandingan Harga dan Nilai

Alza VS Exora : Perbandingan Harga dan Nilai

3 1931

Setelah beberapa bulan berlalu, nampaknya kedua-dua MPV ‘buatan Malaysia’ ini mula memikat hati ramai. Tak kira yang veteran mahupun yang muda, semua dah mula demam MPV. Yela, selain mendapatkan kereta baru, dapat pula angkut family dengan lebih ramai (muatan besar).

Nak beli MPV/ Kereta Besar import seperti Alpard, Wish, Grand Livina, Grandis, Stream, Estima tak termampu katakan. Kalau mampu pun baik save duit tu selain membeli PRODUK BUATAN MALAYSIA.

Ammboi nak buat analisis sedikit sebanyak info tentang kedua-dua kereta ni (Alza dan Exora) yang ammboi baca dan petik dari beberapa forum. Korang boleh baca dan menilai sendiri tahap kemampuan kedua-dua MPV ini. Nak baca? Klik la bawah yer… hihi..

alza vs exora

Exora dikeluarkan terlebih dahulu sebelum Alza. Ketika itu semua orang ragu-ragu dengan keupayaan Proton. Yela, ammboi bukan nak mengata, cuma berkata-kata. Proton wajar diragui kerana memiliki hasil produk yang lemah dan kurang berkualiti berbanding Perodua. Pastinya semua mengakui akan hal ini kan? Namun sejak era Exora ini, ammboi tak nafikan ramai yang memuji Produk keluaran Proton ini. Nampak elegan dan begitu menarik rekabentuknya.

Bab kutuk mengutuk antara dua pihak ini (pemilik Alza dan Exora) nampaknya makin panas. Ada yang kata Alza tak best, ada pula yang mengatakan Exora lembab. Tapi ada juga yang bukan pemilik mpv berkenaan dan hanya bercakap berdasarkan cakap mulut orang sedangkan dia bukan pun pakai kereta Malaysia kot.

Penilaian Kasar Untuk Dua Model

Proton Exora:

proton-exora-side-view

  • Memiliki ruang yang lebih besar
  • Ada 7 tempat duduk dan MPV sepenuhnya.
  • Model basic berharga RM57,000. Dilengkapi dengan airbag.
  • Guna timing belt. Kena tukar mengikut jarak perjalanan yang ditetapkan.
  • Tempat duduk kurang manarik.
  • Minyak kuat kot (besar).

Perodua Alza:

perodua-alza

  • Boleh dikatakan MPV kompak (semi).
  • Hanya ada 5 tempat duduk. Tapi +2 jika perlu. Maknanya MPV ni jenis 5+2 seater.
  • Model basic berharga RM55,000. Takde airbag.
  • Guna Timing chain. Servis ajer katanya.
  • Tempat duduk lagi manarik dan selesa.

Perbandingan Kos Minyak (Berdasarkan pendapat pengguna)

Proton Exora:

  • 9.5-10.6Liter/100KM. Lebih kurang 20sen sekilometer untuk perjalanan jauh dan 22sen sekilometer untuk dalam bandar.

Perodua Alza:

  • 7.9Liter/100KM. Lebih kurang 16sen sekilometer untuk perjalanan jauh dan 20sen sekilometer untuk dalam bandar.

Ni cuma perbandingan kasar jer.

Banyak yang merungut tentang Servis juga. Kata diaorang, khidmat servis Proton sangat bermasalah berbanding dengan Perodua. Betulke? Apa yang terdapat dalam forum ni juga mengatakan alat ganti utnuk Proton mahal dan lambat. Perlu order terlebih dahulu. Mengikut pengalaman ammboi yang sekarang menggunakan salah sebuah model Proton ni, memang betul pun. hihi..

Tapi ramai juga yang berpendapat, tak adil jika kita nak bandingkan dua model ni. Tepuk dada, tanya apa yang kita perlukan. Ini kerana dua model ini sememangnya banyak perbezaan. Jika Exora dengan ruang yang lebih besar namun harga Alza lebih murah dan kos nya lebih ekonomi. Jika anda memiliki keluarga yang besar maka Exora lah pilihan yang tepat.

Alza memiliki bentuk yang kompak. Menawarkan 5 tempat duduk dan boleh ditambah kepada 7 jika perlu. Namun demikian kita akan bermasalah dengan ruang meletak barang kan? Takkanlah perjalanan jauh anak kita nak riba aje beg tu kan? Jika anda memadai dengan Alza, family kecik dan bajet pun kurang, tak salah anda memilih model Perodua ini kerana yakin dengan prestasinya.

Selebihnya korang bacalah pendapat dalam forum ni yer. Nama laman dia Budeen.Com. Ammboi pun tengah dok usha menkaji kelebihan dan kekurangan kedua-dua model ni. Apa yang salah sila perbetulkan yer.


ARTIKEL BERKAITAN