Resepi Ammboi | Masak Ikan Goreng Kicap

Resepi Ammboi | Masak Ikan Goreng Kicap

0 255
wangiangaharupalmabrand iklanmurah
Ikan Goreng Kicap. Mudah jer kan nak masak ikan goreng kicap ni. Tak sangka pulak ammboi. Tu la, memuda dulu bukan main malas ko belajar. Dah tua-tua ni nasib baik dapat bini macam ms.Ammboi tu. Ammboi memang suka makan ikan goreng kicap ni. Bini ammboi cakap ikan goreng kicap lah masakan paling mudah yang dalam kepala dia. Lain la kalau ammboi cakap suka makan ikan siakap masak stim ker atau lelain. Tapi siakap masak stim pun dia cakap mudah sangat jugak…huhu…?
Jom Belajar Bersama Ammboi Masak Ikan Goreng Kicap
note : bagi yang lemah ilmu alam macam ammboi jer boleh baca ni…
Mula-mula korang goreng ikan yangtelah diperap dengan garam dulu.
 dah siap…
Kemudian korang sediakan bahan-bahannya.
Bawah merah
Bawang putih
Kedua-dua bahan ni korang tumbuk lumat. Kuantitinya…bini ammboi cakap “…agak-agak ler….”. ok?
Kemudian korang panaskan kuali. Masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi. Kacau. Pastikan jangan sampai hangit pulak.
bawang ammboi dah hangit coz kalut dok amik gambar
Kemudian korang masukkan sos tomato dalam 5 sudu agaknya ler. Tapi ammboi main tuang jer aritu. Lepas tu tambahkan sedikit sos tiram dalam 1 sudu. Kacau sehingga nampak macam masak. Tambahkan perasa seperti garam dan ajinomoto – kedua-dua bahan ni secukup rasa. Jangan lupa masukkan bawang besar jugak. Nak tambah kemanisannya kot….
Pastu masukkan ikan dan tunggu sehingga masak. Siap!
dah siap….
P/s : senang jer kan….sesapa yang tak tahu jugak sila join ammboi komen kat bawah ni. sesapa yang komen ammboi ammboi masukkan blog korang dalam BLOGLIST TAK TAHU MASAK JUGAK!