KLServer

BUKAN SEKADAR CERITA LAWAK | MENANTU PAK IMAM

| 25/02/2011
Suatu malam di hari minggu. Ara ditemani dua adik, cti dan ctz dalam perjalanan ke klinik bagi menghantar ayah yang tetiba sesak nafas. Kebelakangan ini memang asthma ayah selalu meragam. Seingatnya dah beberapa kali juga ara bangun malam hantar ayah ke klinik. Kalau cuaca sejuk terutamanya musim hujan memang mudah disapa asthma lebih-lebih lagi jika ayah terkena hujan di siang harinya. Kami gerak ke klinik selepas maghrib. Sunyi. Ara on radio Terengganu fm. time tu kuliah maghrib. Menarik isu kuliah maghrib kali ini menghalang jari jemari ara beralih ke channel lain. Isunya pasal menantu pak imam.
Pak imam ingin mencari menantu. Hasratnya telah disuarakan kepada seorang rakan sewaktu dia minum di kedai kopi. Perbualan antara pak imam dan rakan telah didengari oleh Mamat. Mamat ni seorang mat rempit yang telah lama jatuh hati dengan anak pak imam. Mamat terus memasang telinga. “Aku nak cari menantu untuk si Nur anak aku.Aku nak cari yang beriman, tak tinggal solat, selalu ke masjid” kata pak imam. Habis saja bicara pak imam, mamat gegas terus ke motor. Mamat balik termenung di atas tangga. “Aku mesti berubah untuk jadi menantu pak imam” tekad hati Mamat. Mamat bingkas bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Keputusan Mamat telah bulat. BERUBAH!
Esoknya Mamat awal pagi lagi telah ke masjid. Sebelum pak imam datang, mamat dah bentangkan sejadah. Mamat bertasbih dan berzikir sampai pak imam muncul. Begitu juga sebelum zohor. Mamat dari jam 10 lagi dah tunggu kelibat pak imam di tangga masjid. Pendek kata, memang Mamat dah berubah. Masanya banyak dihabiskan di masjid menanti pak imam. Hingga la suatu hari pak imam dah mula perasan ada seorang anak muda yang sungguh menarik perhatiannya. “Baik sungguh pemuda ni, selalu habiskan masa di masjid,” detik hati pak imam. Pak imam terus perhatikan si Mamat. Selepas tiga bulan, pak imam dah tak boleh sabar lagi untuk menjodohkan Mamat dengan anak gadisnya. Pak imam pun menghampiri Mamat. “Wahai anak muda, sudikah engkau menjadi menantuku,” tanya pak imam. Mamat gembira bukan kepalang. Usahanya selama ini rupanya tak sia-sia.
Beberapa bulan selepas itu Mamat selamat diijabkabulkan menjadi menantu pak imam. Pak imam gembira sebab menantunya bukan calang-calang pemuda. Mamat juga berbesar hati dapat hati memiliki anak pak imam. Suatu hari pak imam nak uji menantunya. Menjadi kebiasaan mereka sekeluarga solat berjemaah. “Malam ni kamu jadi imam yer Mamat,” kata pak imam. Mamat terus gelisah. Hatinya gundah. “Macam mana aku nak jadi, aku tak tahu,” bentak hati Mamat. Mamat diam sejenak kemudian tersenyum. Dia mendapat suatu akal. Ayah, saya tak boleh jadi imam sebab saya tak sampai hati membelakangi ayah,” sahut Mamat sopan. Jawapan Mamat cukup mengejutkan bapa mertuanya. “Beruntungnya aku ada menantu semulia Mamat. Nak belakangkan aku time solat pun dia tak sanggup,” detik hati pak imam. Pak imam mula berpeluh-peluh mendengar jawapan Mamat, segan betul pak imam dengan kesopanan menantunya itu hinggakan pak imam tiba-tiba menggigil nak imamkan solat isyak malam tu. Disebabkan itu, pak imam memilih untuk membaca surah pendek sahaja ketika mengimamkan keluarganya supaya solat jemaah malam itu segera selesai. Pak imam angkat takbir…
Selepas selesai surah al-fatihah, pak imam teruskan dengan surah pendek.. bismillahirrahmanirrahim… Inna… Oleh sebab terlalu gementar, pak imam lupa akan bacaannya… . Pak imam cuba untuk mengulanginya lagi. bismillahirrahmanirrahim… Inna… Sekali lagi.. pak imam tidak berjaya meneruskan bacaannya.. Pak imam tambah gementar lagi tetapi pak imam terus bersabar dan berusaha mengulangi bacaan. bismillahirrahmanirrahim… Inna… Cukup 3x pak imam masih tidak berjaya meneruskan bacaannya.. Mamat dah mula risau. Dia tak tahu macam mana nak menyambung bacaan bapa mertuanya. “Orang tua ni masih juga nak baca surah inna, macam tak ada surah lain, ” bentak hati Mamat lagi. Tiba-tiba Mamat teringat surah inna yang biasa dia dengar. Mamat tanpa ragu-ragu terus bersuara “inna lillahi wa inna ilaihirraji’un..” Mamat cuba menghabiskan ayat bapa mertuanya… .
Dalam hati pak imam, oh.. mamat menantuk pilihanku…
Dengar cerita ini, sesak nafas ayah ara terus hilang. Kami sekeluarga tak henti gelak ketawa sampai klinik. Mamat oh Mamat! hahaha….
Petikan : VF

Category: Lawak Petang

Comments are closed.