MULA191014TAMAT190115
KLServer

5 TUNTUTAN BARU CUEPACS | KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

| Mar 31, 2011
Salam 1Malaysia Semua
Pagi ni ammboi nak bercerita pasal isu CUEPACS ni. Mesti ada yang dah tahun dan kalau korang masih tak tahu bolehlah teruskan membaca yer. Semalam CUEPACS mengumumkan 5 tuntutan baru mereka kepada kerajaan. Banyak tu, sampai 5 sekaligus. Tapi yang ammboi tahu daripada kes lepas-lepas, banyak-banyak yang CUEPACS tuntut tu lagi banyak yang tak menjadi. Kerajaan tak pandang atau kurang pandang pon. Tapi syabas lah atas usaha CUEPACS membela nasib kakitangan awam ni. 5 TUNTUTAN CUEPACS

  1. Penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
  2. Kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama.
  3. JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan.
  4. Cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan.
  5. Meminta kerajaan menimbang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini bagi mengimbangi bonus diterima mereka yang berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan tertentu.
Harapnya kerajaan menimbang sebaik mungkin cadangan CUEPACS ni. Bagi ammboi memang gaji kakitangan awam perlu diselaraskan semula berikutan ekonomi sekarang yang semakin membebankan. Apa pandangan anda? Ada bantahan?
Sumber : BHonline

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Comments (10)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. currentlife2u says:

    kompom menang pru 13..beb…

  2. Puan Kutu says:

    bab nie susah nak komen..mintak memang snang,tp kerajaan nk merealisasikannya,anda fikir bagaimana?hehe..

  3. xkane says:

    gaji kakitangan awam naik=harga barang naik. pekerja di syarikat kecik2 terpaksa terima harga barang naik tanpa kenaikkan gaji juga ..heheh

  4. ammboi.blogspot says:

    @Currentlife2u – heh heh… betul ke?

  5. ammboi.blogspot says:

    @Puan Kutu – ammboi sokong jugak tu.. tambahan pulak dgn ekonomi sekarang…

  6. ammboi.blogspot says:

    @Xkane – yela, ammboi faham tu.. peniaga yg amik kesempatan.. tp jgn jadikan alasan sebagai kekangan kepada hak kakitangan awam.. kami sbg kakitangan awam juga kecewa jika gaji kami naik tapi harga barangan naik..kira mcm sama jugak. hak bersama la utk membela nasib pengguna…

  7. nuriz says:

    tuntut jgn tak tuntut..dari 5 tu, mana tau kan gomen nak tunai 2 ke 1 ke drp 5 ..takpa jugak bagi 1 pun heheh drp tak tunai apa2 langsung kan

  8. p[A]n[A]d[O]L says:

    harapnya kerajaan akn amek tindakan ar ngan tuntutan cuepacs nie..

    lagipun ngan gaji kurang 1k skang nie mcm x logik sgt la..
    harga barang bukannya makin trun tp kian mlambung..

  9. Shamsudin says:

    memang pun patut naik.. kerja kilang pun gaji dalanm 1k.. inikan pula kerja dalam sektor awam.. nanti orang akan pandang rendah kepada pekerja sektor awam jika gaji rendah..