TEMPAHAN ONLINE YANG MENARIK | AIRASIA.COM

TEMPAHAN ONLINE YANG MENARIK | AIRASIA.COM

1 279
Salam 1Malaysia
Cuti sekolah makin dekat kat. Kalau tak silap ammboi hujung bulan Mei ni hingga pertengahan bulan Jun akan ada cuti sekolah. Wah..mesti bebudak tak sabar nak cuti kan. Kita yang dewasa kat KL pun rasa ringan sikit beban kalau masa cuti sekolah. Takdelah jem sangat kan. Cuti sekolah, sinonim jugak dengan mak bapak yang juga mahu bercuti. 
Boring naik kereta, kini kita dah boleh menempah tiket penerbangan yang harganya begitu menarik sekali. Banyangkan kalau korang dapat pergi ke Langkawi atau Kota Kinabali dengan tambah serendah RM10* – RM15* sahaja. Murah bukan. AirAsia.Com menawarkan pakej yang cukup lumayan!

Ammboi bukannya nak berkempen untuk AirAsia. Tetapi ammboi nak puji la usaha mereka ni. Walaupun hanya beberapa tiket istimewa macam ni ditawarkan dalam satu-satu flight, namun ia sudah cukup memberi peluang kepada mereka yang mahu save bajet. Ramai dikalangan kawan-kawan opis ammboi dan isteri yang mengambil peluang ketika offer tiket murah ni. Ada yang bercuti ke Kota Kinabalu, dan ada juga yang berkunjung ke bumi Langkawi. Namun demikian korang kena banyak bersabarlah. Biasanya tempahan macam ni memerlukan korang menunggu sehingga setahun. Macam mana pengalaman korang dengan airasia nih?
* – Harga yang ditawarkan sebelum + + dengan insuran + tax dan sebagainya.