SPNB BANGUNKAN 38,000 RUMAH | SKIM RUMAH PERTAMAKU

SPNB BANGUNKAN 38,000 RUMAH | SKIM RUMAH PERTAMAKU

2 164
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedang berbincang dengan pemilik tanah sekitar Lembah Klang untuk membangunkan rumah dibawah SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP). Dijangka tujuh kawasan yang terlibat adalah Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Damansara, Shah Alam, Rawang dan Klang. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, SPNB akan membina 38,000 unit rumah dibawah SRP (lihat sini syarat permohonan | kelayakkan pemohon) di seluruh negara dan 2800 unit daripadanya telah disiapkan. Ini adalah peluang baik buat kakitangan swasta untuk memiliki rumah dalam kawasan bandar. Sebelum ini ramai bakal pembeli mengeluh kerana kebanyakkan rumah berharga bawah RM220 ribu ini terletak diluar bandar dan menyukarkan mereka untuk ketempat kerja kerana melibatkan kos minyak yang tinggi dan selainnya.

“SPNB sebagai entiti kerajaan akan bertindak sebagai peneraju dalam skim ini dan pihak swasta diharap akan turut menyokong usaha ini,.
“Sehingga 31 April lalu, pinjaman sebanyak RM21.3 juta untuk SRP (lihat sini cara memohon Skim Rumah Pertamaku) telah diluluskan dengan nilai purata setiap pinjaman adalah sebanyak RM149,365,” katanya.
SRP merupakan inisiatif dibawah Bajet 2011 dimana pembeli rumah kali pertama yang berpendapatan dibawah RM3,000 akan mendapat pinjaman sebanyak 100% daripada 25 institusi kewangan yang terlibat.
Sumber : Kosmo!