MULA191014TAMAT190115
KLServer

PROFILE 3 PEMAIN BAKAL MENYERTAI MANCHESTER UNITED

| May 20, 2011
Manchester United bakal kehilangan beberapa tonggak utamanya musim depan. United kini menunggu kata putus dari Scholes dan juga Ryan Gigs mengenai masa depan mereka samada mahu menyambung kontrak lanjutan atau bersara. Sehingga kini United perlu mencari pengganti Gary Neville dan juga Van der Sar yang akan bersara hujung musim ini. United juga telah memanggil kembali pemain pelapis yang mereka pinjamkan kepada Wigan iaitu Tim Cleverly dan juga Danny Welbeck untuk memperkuatkan skuad United musim hadapan. Apa yang pasti pemain sasaran yang bakal mereka pikat memerlukan kelab keluarkan belanja besar sebagai ganti. Berikut adalah senarai 3 pemain yang sedang dipikat united.

Wesley Sneijder dari Inter Milan

Kemungkinan untuk membawa Sneijder ke United dikatakan begitu hampir sekali. Ferguson menyatakan beliau sudah lama berminat dengan gaya permainan Sneijder. Mungkin Ferguson menyasarkan Sneijder mampu menggantikan peranan Paul Scholes dibahagian tengah atau menambahkan lagi sengat United dibahagian depan.
Sedikit Profile Sneijder
Nama Penuh : Wesley Benjamin Sneijder
Tarikh Lahir : 09.06.1984
Tempat Lahir : Utrecht
Umur : 26
Tinggi : 1,70
Kerakyatan : Netherlands
Posisi : Midfield – Attacking Midfield
Nilai Perpindahan (anggaran) : 36.960.000 £ – 42.000.000 €
David de Gea dari Atletico Madrid

Mampukah penhaga gol muda (20 tahun) ini menggalas peranan Van der Sar? De Gea dikhabarkan memiliki bakat dan potensi yang terbaik untuk diketengahkan. United telah meninjau pemain ini dan mereka meyakini penjaga gol muda ini adalah seorang rekrut baru yang boleh mereka asahkan bakatnya lagi. United kini memiliki Ben Amos dan juga Thomas Kuszak yang ammboi rasakan tidak berbaloi untuk diabaikan. Namun pandangan Ferguson siapa yang tahu kan?
Sedikit Profile David de Gea
Nama Penuh : David de Gea Quintana
Tarikh Lahir : 7.11.1990
Tempat Lahir : Madrid
Umur : 20 Tahun
Tinggi : 1,92
Kerakyatan : Spain
Posisi : Penjaga Gol
Nilai Perpindahan (anggaran) : 10.560.000 £
Ashley Young dari Aston Villa

Jika United gagal membawa masuk Wesley Sneijder, Young adalah pilihan mereka. Kejayaan Aston Villa dikatakan berpunca dari kehebatan Young dibahagian sayap dan serangan. Young mampu membuka permainan dan juga berupaya merobek pertahanan lawan. Gerakan Young mungkin berupaya mengimbangi kehilangan Ryan Gigs dibahagian sayap kiri.
Sedikit Profile Ashley Young
Nama Penuh : Ashley Simon Young
Tarikh Lahir : 09.07.1985
Tempat Lahir : Stevenage
Umur : 25
Tinggi : 1,75
Kerakyatan : England
Posisi : Midfield – Attacking Allrounder
Nilai Perpindahan (anggaran) : 15.840.000 £
Sumber Berita : Yahoo!Uk Sports
Gambar : Google.Com
Maklumat Profile Pemain : http://www.transfermarkt.co.uk/

Tags:

Category: EPL

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. pneumedic says:

    ammboi man u gak ke?..;)..midfielder mmg kena ganti baru..

  2. Aswani says:

    uncle selaku peminat MU mmg suka dengan kemasukan 3 pemain terbaru tu..jika berjaya..mmg terbaek la