SENARAI 23 PEMAIN SKUAD KEBANGSAAN | MALAYSIA VS TAIWAN
SKUAD HARIMAU MALAYA | Pasukan negara kita tampak lebih bersedia untuk menghadapi Taiwan malam esok dengan kehadiran beberapa tonggak utama yang dikhabarkan cedera pada awalnya. Kekuatan jentera serangan juga nampak begitu tajam dengan kelibat beberapa kaki gol dalam liga super. Dengan penyenaraian Norshahrul dan Hadi yang telah menjalani latihan penuh semalam, Rajagobal mempunyai pilihan besar di posisi penyerang selain Safee Sali, Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani.
Bahagian tengah pula tampak begitu kental dengan beberapa nama besar yang pernah mengharumkan nama negara dalam Piala Tiger yang lepas. Empat pilihan untuk mengemudi jentera tengah ialah Safiq Rahim, Amar Rohidan, Shakir Shaari dan K. Gurusamy manakala bahagian sayap digerakkan Amirulhadi Zainal, S. Kunanlan, Ashari Samsudin dan S. Chanthuru.
Posisi pertahanan tengah pasti memeningkan Rajagobal dengan empat pemain mampu menggalas tugas tersebut iaitu Aidil Zafuan Radzak, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Farisham Ismail. Posisi pertahanan kanan bakal diisi Helmi Remeli, pertahanan kiri Asraruddin Putra Omar manakala Mahali Jasuli bersedia beraksi di kedua-dua posisi tersebut andai diperlukan.
Bagi posisi penjaga gol, Rajagobal menyenaraikan Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee Ramli dan Nasril Nourdin. Kemungkinan untuk Khairul Fahmi turun ammboi rasa tipis sedikit kerana beliau mungkin masih belum cergas sepenuhnya setelah mengalami kecederaan beberapa hari yang lepas.
CARIAN BERKAITAN
- aidil zafuan (1398)
- baddrol bakhtiar (787)
- senarai nama pemain bola sepak malaysia 2012 (708)
- muslim ahmad (623)
- senarai nama pemain bola sepak malaysia (250)
Category: Kelayakan Piala Dunia 2014, SUKAN



























saya mau tgk ini..

FF recently posted..KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN
boleh tgk malam esok…
harap khairul fahmi dapat diturunkan..
cam x bpe yakin dengan keeper lain..
l
RayNGie recently posted..Kita (lelaki) Semua Pernah Melakukannya
mmm…xpe…
kita kena bagi kepercayaan sepenuhnya kpd semua pemain kebangsaan.. safee sali juga kemungkinan xleh main…
ammboi recently posted..LOGO ‘TRANSFORMER’ HAZZIM DIIKTIRAF DUNIA
ramalan :
Sharbinee Allawee
Helmi Remeli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra
Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim, Amar Rohidan, S. Kunanlan
Baddrol Bakhtiar, Abdul Hadi Yahya
subs : Norshahrul Idlan, Amar Rohidan, Ashaari Shamsudin
wah…
shahrul subs jer ek…?
ammboi recently posted..KEPUTUSAN SEMASA MALAYSIA LAWAN TAIWAN | MALAYSIA VS TAIWAN FULL RESULT