KLServer

PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA) | BERMINAT TAPI MACAM MANA NAK APPLY?

| Jul 6, 2011

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) | PR1MA baru sahaja diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, namun ianya sudah menjadi buah mulut seluruh warga Malaysia berikutan program baru berkenaan sangat-sangat membantu dan kena pada masanya. Sekarang ini fokus utama mereka yang bekerjaya adalah untuk memiliki keluarga. Namun sebelum bekeluarga adalah sebaiknya kita memiliki rumah terlebih dahulu. Yang menjadi masalahnya adalah pendapatan yang ‘tidak seberapa’ ini mana mampu untuk membuat pinjaman perumahan. Bahkan nak kahwin pun kena buat pinjaman peribadi. Kalau tak kahwin bawah pondok durian ajelah.

Program Perumahan 1Malaysia ini boleh ammboi katakan penambahbaikan kepada Skim Rumah Pertamaku dulu. Skim Rumah Pertamaku hanya memberi peluang kepada kakitangan swasta semata. Sedangkan Program Perumahan 1Malaysia ini membuka peluang kepada semua orang yang bekerja. Ya, asalkan anda bekerja tidak kira kerja kerajaan, swasta mahupun bekerja sendiri anda boleh cuba untuk memohon skim pinjaman dibawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ini.

Dikatakan Program Perumahan 1Malaysia ini memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan isirumah antara RM2500 – RM5000 sebulan. Maka anda layak untuk memohon pinjaman program ini yang menawarkan harga rumah antara RM150,000 hingga RM300,000. Tempoh pinjamannya pula sehingga 30 tahun mengikut kelayakan anda. Sangat baik bukan! Namun yang menjadi tanda tanya banyak pihak, bagaimana caranya untuk memohon pinjaman ini? Saya sendiri pun masih tak pasti. Insyaallah,kita beri masa kepada kerajaan untuk melaksanakan apa yang patut dulu. Dan mungkin apabila Perbadanan PR1MA siap ditubuhkan akan kita ketahui dengan lebih lanjut.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (12)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. puanbee says:

    amboi kalau tahu mcm mana nk apply n kat mana rumah tu cepat2 update akk tunggu gak ni hehe

  2. amri0868 says:

    @: ok kak… amm pon tgh mencari maklumat nih…

  3. cik azizah says:

    jijah tak confirm lagi kejer..kalau tak nak jugak beli umah. huhu baru setahun jagung keje.

  4. ina says:

    kalau yg bujang lagi tp gaji x cukup boleh apply tak?

  5. mama aini says:

    ammboi…kalau tak silap mama ..bank negara belum keluarkan arahan kpd bank2 utk pakej pinjaman perumahan 1malaysia ni…walaupun maklumat ini dah keluar kat tv atau akhbar….ni maklumat dr staff bank ..

  6. Siti Arfah says:

    Em tq ya utk info neh . :). Br tau ada progrm perumahan satu malaysia. hehe

  7. Zainila says:

    Adakah kita perlu mendaftar untuk skim prima ini? adakah kita perlu mengisi borang permohonan? jika ya, di mana kita boleh dapatkan brg tersebut.

  8. PakTeh says:

    pendaftaran PR1MA telah dibuka!
    tarikh pendaftaran 30 september 2011 sehingga 13 oktober 2011.
    420 unit rumah bersaiz 815 kaki persegi RM120,000.00.
    140 unit rumah bersaiz 1,006 kaki persegi berharga RM150,000.00.
    lokasi di presint 11, putrajaya.

    syarat kelayakan :

    1. warganegara malaysia.
    2. 21 tahun ke atas.
    3. bekerja atau menetap di putrajaya.
    4. pendapatan isi rumah tidak melebihi RM6,000.
    5. pengundi berdaftar di parlimen putrajaya (p.125).

    daftar segera jika layak di http://www.pmo.gov.my/pr1ma/apply.php