GANJARAN RM1 JUTA JIKA KEKALKAN PINGAT EMAS SUKAN SEA

| 09/07/2011 | 2 Comments

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjanji akan memberi habuan RM1 juta sekiranya skuad Ong Kim Swee ( Malaysia U23) memenangi pingat emas Sukan Sea Palembang November ini. Ia merupakan insentif sumbangan TM untuk meningkatkan motivasi pemain negara bagi menghadapi saingan berkenaan.

Memang bertuah dapat jadi pemain kebangsaan kan. Ganjaran yang lumayan menanti kalau kena dengan caranya. Padanlah dengan keringat yang mereka sumbangkan. Inilah bukti komitmen pihak persatuan dan swasta yang mahukan skuad bolasepak negara lebih bersemangat untuk meraih lebih banyak kejayaan. Jangan pula apabila mereka kalah nanti tak ada yang mahu pandang sudah. Semangat yang berterusan amat penting kerana menang dan kalah adat bertanding.


Tags: , , , ,

Category: SUKAN

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. wan9 says:

    hanya usaha dan tawakal… rm1juta tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.