SIAPA BAKAL MENJADI PEMAIN IMPORT KELANTAN

SIAPA BAKAL MENJADI PEMAIN IMPORT KELANTAN

wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) bertekad mahu menggunakan pemain import pada musim hadapan tidak mengira apakah keputusan FAM Selasa ini. FAM yang dijangka memberi kata putus mengenai penggunaan pemain import setelah beberapa kali gagal memberikan keputusan. Tindakan KAFA ekoran tidak mahu menjadi belasahan kepada kelab Asia lain dalam saingan Piala AFC 2012 nanti.

Jika sekalipun FAM membenarkan cuma 2 pemain import dibenarkan, KAFA tetap akan mengambil 3 pemain import kerana pada saingan Piala AFC, badan bolasepak Asia itu membenarkan penggunaan 3 pemain import. Jadi KAFA bersedia menanggung kos yang tinggi demi memartabatkan nama baik Malaysia dipentas antarabangsa.

Malam ini pasukan Kelantan bakal menguji pemain import yang dilaporkan akan diturunkan pada perlawanan menentang Pelita Jaya dalam aksi perlawanan persahabatan. Antara nama-nama pemain import Kelantan ialah Jocip Bonacin dari Croatia, Obinna Nwaneri dari Nigeria ( merupakan bekas pemain kebangsaan skuad Nigeria ) dan Igor Radovanovic ( Bekas pemain U-21 Bosnia Herzegovina ) dan 2 orang lagi masih dalam rundingan.