KLServer

PROFILE PEMAIN IMPORT KELANTAN 2012 | JOCIP BONACIN

| 11/07/2011

THE RED WARRIORS | Kelantan telah memberikan peluang kepada 2 pemain importnya (sedang dalam proses ujian) untuk mempamerkan aksi mereka dalam perlawanan persahabatan menentang Pelita Jaya semalam. Walaupun keputusan terikat seri 1 -1, namun aksi 2 pemain import berkenaan mendapat pujian dari lebih 10,000 penyokong TRW dan juga paling penting barisan kepimpinan TRW. Malah apa yang paling mengujakan, Josip Bonacin dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan berikutan aksi cemerlangnya menahan asakan lawan. Siapa Jocip Bonacin dan Josko Farac? Jom kita layan profile mereka.

Profile Josip Bonacin

Pemain kelahiran Split, Croatia ini lahir pada 2 Julai 1984. Kini berusia 27 tahun, Josip Bonacin kini merupakan pemain kelab NK Dugopolje dalam Liga 2.HNL Croatian League 2010/11 (boleh dikatakan Divisyen 2 la ni). NK Dogopolje kini berada di kedudukan ke-8 dalam liga berkenaan. Market value beliau merupakan antara yang termahal dalam pasukannya, bernilai antara 352.000 £ – 400.000 €. Kira beliau ni pemain utama la jugak. Pemain lain yang setara dengannya adalah Josko Kovac yang beraksi selaku Midfilder. Pemain yang gemar menggunakan kaki kiri ini mempunyai ketinggian 1.93 meter. Posisi kegemaran beliau adalah dibahagian pertahanan kiri atau tengah.

Profile Josko Farac

Tidak ada banyak maklumat berkenaan pemain ini. Apa yang ada pemain ini berusia 41 tahun dan berasal dari Bosnia-Herzegovina. Josko Farac juga bermain selaku pemain pertahanan.

Sumber : Soccerway.com | www.transfermarkt.co.uk | Fifa.com


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: SUKAN, THE RED WARRIORS NEWS

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. syuxer says:

    kemah set kelate..:)..gomo kelate gomo..

  2. no name says:

    josko farac,,bekas pemain perak tahun 2002..dah tua dah..