FORMAT LIGA SUPER KEKAL DENGAN 14 PASUKAN

| 13/07/2011 | 1 Comment

Ura-ura mengatakan format Liga Super bakal berubah sekali lagi nyata meleset. Tambah mengeruhkan keadaan, perubahan format liga sebelum ini banyak dipengaruhi oleh orang dalam badan induk bolasepak negara demi menjaga imej kenegerian. Namun semua andaian berkenaan harus dibuang jauh-jauh. Kerana kali ini format liga Malaysia kekal dengan 14 pasukan bertanding dalam Liga Super manakala 12 pasukan akan bersaing dalam Liga Premier.

Pengekalan format ini nyata memberikan kelegaan kepada 2 pasukan teratas Liga Premier, Selangor PKNS dan Sarawak yang dikhabarkan perlu melalui perlawanan play-off sekiranya Liga Super berubah kepada 12 pasukan sahaja. Dengan ini sah, Pahang dan Perlis yang menghuni 2 tangga terbawah Liga Super 2011 bahawa mereka akan diturunkan divisyen ke Liga Premier manakala PKNS dan Sarawak bakal bersaing dalam Liga Super 2012 musim hadapan.

Paling menarik, perjanjian pertukaran pasukan antara FAM dan FAS (Persatuan Bolasepak Singapura) untuk saling bertukar pasukan iaitu Harimau Muda A akan beraksi dalam Liga S manakala The Young Lions (Pasukan Pelapis Singapura) akan menggantikan tempat Harimau Muda A dalam Liga Super 2012.


Tags: , , , , , , , ,

Category: LIGA SUPER, SUKAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Chipcoklat says:

    Wohohoho.. masih kekal lagi yek format liga ni.. tp dgr cite la kan ade yg membantah.. kateye mcm tidak adil… ntah btul ntah tidak.. biasa la.. mesti ada yg tak setujunye kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.