MALAYSIA VS CHELSEA | 9 PEMAIN SENIOR KUATKAN HARIMAU MUDA A

| 18/07/2011 | 8 Comments

MALAYSIA VS CHELSEA | Kehilangan beberapa tonggak utama yang sedang dalam persiapan menghadapi Pusingan Pra-Piala Dunia, memaksa jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee memanggil 9 pemain senior untuk memperkuatkan pemain yang ada. Beliau mengharapkan pemain senior ini mampu memberikan panduan serta pengajaran yang berguna untuk pemain muda.

Sembilan pemain senior itu ialah Norhafiz Zamani Misbah, 30, Amri Yahyah, 30, Hairuddin Omar, 32, Badhri Radzi, 29, Daudsu Jamaluddin, 26, S. Subramaniam, 26, Shahrulnizam Mustapa, 30, Joseph Kalang Tie, 24, dan penjaga gol, Farizal Marlias, 25. Mereka bakal digabung bersama pemain-pemain berusia bawah 22 tahun yang menjadi tonggak skuad Olimpik negara seperti Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Zubir Azmi.

Skuad Pilihan Malaysia itu memulakan sesi latihan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil petang semalam setelah mendaftar masuk di hotel penginapan pasukan, Palace Of The Golden Horses di Seri Kembangan. Kim Swee turut mengingatkan para pemainnya supaya tetap mengambil serius perlawanan menentang Chelsea itu bagi menjaga maruah dan nama Malaysia. Kim Swee turut menamakan Norhafiz Zamani sebagai kapten skuad Pilihan Malaysia bagi menghadapi Chelsea.

Siaran langsung perlawanan ini masih belum lagi diputuskan. Menurut perkhabaran yang ammboi tahu, tiket jualan perlawanan Malaysia lawan Chelsea 21 Julai ini telah terjual sebanyak lebih 40,000 keping. Jika tiada siaran langsung perlawanan Malaysia vs Chelsea, anda juga boleh menonton secara Live Streaming Perlawanan Malaysia vs Chelsea di SINI.

Sumber : Kosmo!Online


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: SUKAN

Comments (8)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mrs.yie says:

    ala..x payah la letak senior2 ni..bagi la kat pemain2 muda lak..adoi..

    • amri0868 says:

      amm pon sokong 100 peratus kalau diorang letak pasukan Harimau Muda A jer, tapi mslhnya diorang pun x cukup orang, terpaksalah panggil, lagipun inilah masa untuk menguji pemain senior yang lain..

  2. HazIssac says:

    hope malaysia akan menang nanti 🙂

  3. Bro Wacana says:

    Pemain senior yang dimasukkan cuma ingin menambahkan pengalaman dalam skuad…. Sebab yang akan ditentang ni adalah Chelsea! Pergh…..

    Malaysia! Do the best!

Leave a Reply

Your email address will not be published.