- Advertisement -

MALAYSIA VS CHELSEA 21 JULAI | Ong Kim Swee sudah bersedia dengan strategi tersendiri untuk menghadapi Chelsea Khamis ini. Barisan Pilihan Malaysia kendaliannya yang diperkuatkan dengan 9 tonggak senior dan 13 pemain muda (Harimau Muda A) merancang untuk menggunakan pemain senior pada separuh masa pertama dan baki 45 minit lagi barulah pemain muda diturunkan. Ia dijangka memberi kelebihan buat Malaysia berikutan strategi pasukan sebelum ini iaitu Arsenal dan Liverpool hanya menurunkan pemain simpanan pada separuh masa pertama.

Diatas kertas, kekuatan pasukan Chelsea nyata bukan saingan Pilihan Malaysia. Namun demikian, keputusan diatas padang adalah segalanya. Apa yang penting, pasukan negara kekalkan fokus serta berikan 100 peratus perhatian semasa dalam perlawanan. Jika kita imbas balik, kekalahan skuad senior kepada pasukan Arsenal dan Liverpool berpunca dari kelalaian kesemua pemain. Jangan hanya nak salahkan bahagian pertahanan dan juga penjaga gol sahaja. Antara kesilapan yang sering berlaku adalah, hantaran kurang cermat dan mudah dibaca/ pintas oleh pemain lawan. Pemain tengah lambat untuk turun memberi bantuan. Bola gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya. Mudah terpengaruh dengan gerakan lawan. Ong Kim Swee perlu mengingatkan anak-anak buahnya agar lebih bersedia berdepan pemain bintang seperti Lampard, Drogba, Terry dan juga yang lain-lain.

- Advertisement -

Gambar : Petikan Kosmo!Online


14 COMMENTS

  1. alahai..janganlah dapat telor ayam..antara chelsea ngan liverpool mana lebih hebat am?akak x tau sangat sebab kurang minat..lebih minat pada bolasepak tempatan je..hehe 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here