iPHONE 5 PALING POPULAR | TOP 10 CARIAN GAJET TERKINI YAHOO!

iPHONE 5 PALING POPULAR | TOP 10 CARIAN GAJET TERKINI YAHOO!

1 172

Zaman IT serba canggih sekarang ini, semua orang hanya mahukan yang terkini, terbaik dan semua yang hebat-hebat belaka. Kalau nak diikutkan, ammboi memang tak terdaya nak mengikut arus permodenan ini. Namun keghairahan masyarakat Malaysia untuk mencari gajet terkini menyebabkan enjin pencari Internet terkemuka, Yahoo! melakukan penyelidikan mengenai kelakuan mereka menerusi kajian Yahoo! Search Trends. Kajian itu mendapati pasaran telefon bimbit mengalami pertumbuhan mendadak dengan adanya ramai pengguna dan limpahan pelbagai model telefon bimbit dipasaran.

Berikut adalah 10 Carian Popular Masyarakat Malaysia keatas telefon bimbit pada Jun 2011 :

  1. iPhone 5 – walaupun tiada pengumuman rasmi dari Apple Inc., tetapi popularitinya cukup untuk menjadi satu lagi fenomena industri dijangka meledak September depan.
  2. iPhone 4 – sudah lama berada dipasaran namun tetap menjadi perhatian.
  3. Samsung Galaxy S – telefon bimbit pintar Android dilancarkan pada Mac 2010.
  4. Samsung Galaxy S2 – telefon pintar kedua ternipis didunia dengan pemproses dwiteras.
  5. Sony Ericsson Xperia – telefon pintar yang menjadi tumpuan utama syarikat.
  6. Nokia C3 – mampu dimiliki sejajar dengan kecenderungan sesetengah pengguna yang turut memerlukan telefon dengan pad kekunci QWERTY.
  7. Nokia N8 – telefon pintar dengan operasi Syimbian 3, yang pertama seumpamanya dilengkapi dengan kamera 12 magapiksel.
  8. Samsung Galaxy Ace – telefon pintar Android dengan harga yang mampu milik.
  9. Blackberry Curve – telefon pintar untuk pengguna baru dilengkapi dengan pad kawalan.
  10. HTC Desire HD – salah satu pencabar terdekat telefon pintar.

Sumber : Harian Metro Selasa 27 Julai