KLServer

CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

| 01/08/2011

CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH | Dalam post kali ini ammboi nak share berkenaan Cara Sembahyang Sunat Tarawih. Adik-adik yang baru nak belajar tu bolehlah baca perlahan-lahan yer. Kalau tak faham juga tanyalah pada guru-guru, ustaz mahupun ustazah di sekolah. Yang dah besar tu konfom dah tahu ni kan. Bacalah juga jika berkenan.

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih

(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti :

1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat.

i. Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja. Lafaz niatnya:

(Sahaja aku sembahyang sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala)

ii. Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal.

iii. Bacaan surah selepas al-Fatihah:

Rakaat pertama: Surah al-A’la

Rakaat kedua: Surah al-Kafirun

Rakaat ketiga: Surah-surah

1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. An-Nas

iv. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.

v. Berzikir atau bertahlilSeperti biasa selepas sembahyang witir diadakan tahlil. Terdapat berbagai cara mengelolakan tahlil ini. Cara yang disebut di halaman 29 bolehlah diikuti dari mula hingga akhir.

KLIK SINI —>> PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT TARAWIKH

Sekian, terima kasih.

SUMBER : BIRO PENERANGAN SURAU JPSWPKL


Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Agama Dan Kebajikan, Panduan Solat

Comments (15)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. muse says:

    hmmmm besar pahala tarawih ni semoga gua diberikan kesempatan untuk menunaikan solat tarawwih hingga ke penghujungnya…

  2. alif haris says:

    nice info :)
    mlm td p terawikh tak hehe :)

  3. caliph says:

    nice sharing amm.. jelas & direct :)

  4. mama aini says:

    semuga info yg ammboi berikan dpt dijadikan panduan buat semua..insyaallah..

    • ammboi says:

      insyaallah mama aini..
      sama-samalah kita belajar dan baiki apa yang patut d bulan mulia ini kan.. kalau ada salah silap dari ammboi pakat2 la perbetulkan jugak..

  5. mrs.yie says:

    alhamdulillah masih lagi ingat walaupun dah setahun berlalu.. :)

  6. abgteror says:

    bro….malam nie jom g terawih masjid putrajaya..

  7. mama tunz says:

    imam pun mainkan peranan kena peka kpd siapa yg diimamkannya…..
    rebutlah bertarawih dan juga amalan lain pd 10 mlm terakhir..moga dipertemukan malam Lailatul Qadar

  8. suarapeople says:

    10 malam terakhir….