SENARAI PEMAIN MALAYSIA 2011 | FARIZAL MAHU RAMPAS NO.1
SENARAI PEMAIN MALAYSIA 2011 | FARIZAL MAHU RAMPAS NO.1 | Ketiadaan penjaga gol pilihan pertama sekarang ini, Khairul Fahmi (Apek) yang berlepas ke Slovakia untuk menjalani latihan bersama Harimau Muda A memberi ruang kepada Farizal Marlias untuk kembali ke posisi utama beliau sebelum ini. Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.
SENARAI PELATIH SKUAD HARIMAU MALAYA | MALAYSIA VS OMAN 10 OGOS
Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini. Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan. Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal. Sumber Berita ? Gambar : Kosmo!Online
CARIAN BERKAITAN
- senarai pemain harimau malaya 2012 (754)
- skuad harimau malaya 2012 (571)
- farizal marlias (395)
- senarai pemain malaysia (322)
- nama pemain harimau malaya (264)
Category: SUKAN




























apek masih lagi yang terbaik
siput recently posted..BATU JALANAN
mungkin.. namun tidak salah jika beri peluang kepada farizal.. pastinya apek perlukan persaingan sebegini untuk meningkatkan prestasinya…
harap2 fokus lebih kt bahagian pertahanan.. xmo mudah bolos lagi…
caliph recently posted..wordless wednesday: ramadhan
yela, pastinya coach sudah mengenal pasti kelemahan skaud kita tempohari…