MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY | COMMUNITY SHIELD 2011

MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY | COMMUNITY SHIELD 2011

4 45
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY | COMMUNITY SHIELD 2011 | Manchester United akan menentang Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti Ahad ini, memberikan satu lagi peluang kepada peminat untuk melihat sama ada keseimbangan kuasa dalam bola sepak Inggeris sudah beralih arah. United sudah beraksi buat kali ke-18 dalam perlawanan tradisi pembuka tirai selepas penampilan terakhir City pada 1973 tetapi pemilik City yang kaya raya terus melakukan pelaburan berterusan yang sebelum ini membantu kelab itu menjulang Piala FA, Mei lalu.

Ketika United sudah menjulang kejuaraan buat kali ke-19 musim lalu, trofi pertama City dalam tempoh 35 tahun dan kedudukan tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris membayangkan bahawa kejayaan di Manchester kini dikongsi sama rata. Sejak menamatkan saingan musim lalu dengan sembilan mata di belakang United dalam Liga Perdana Inggeris dan menjuarai Piala FA dan menewaskan pesaing setempat mereka di Wembley, City kini mempunyai skuad yang cukup berkuasa dengan kehadiran Sergio Aguero.

Kekuatan yang dimiliki City dan kemantapan di bahagian pertahanan dengan adanya bek kiri, Gael Clichy dan pertahanan tengah Stefan Savic, Alex Ferguson kini meletakkan City setaraf Chelsea sebagai pasukan yang mampu mencabar United untuk menjulang kejuaraan. Siaran langsung perlawanan Manchester United vs Manchester City sudah tentu akan disiarkan oleh saluran Astro manakala bagi yang ingin menonton secara live stream Manchester United vs Manchester City anda boleh singgah kesini. Link Live Stream Manchester United vs Manchester City akan ammboi update dalam post pada hari perlawanan.