ISU PEMBERIAN BONUS DUA BULAN KEPADA KAKITANGAN AWAM

ISU PEMBERIAN BONUS DUA BULAN KEPADA KAKITANGAN AWAM

wangiangaharupalmabrand iklanmurah

ISU PEMBERIAN BONUS DUA BULAN KEPADA KAKITANGAN AWAM | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

Usaha yang CUEPACS memang wajar dipuji. Namun demikian, sejauh mana usaha yang CUEPACS lakukan menemui sinar kejayaan? Sehinggakan ada yang menganggap peranan CUEPACS sudah tidak relevan. Peranan memperjuangkan nasib kakitangan awam, tetapi ada yang kata peranannya itu cuma sebagai pelengkap semata. Macam biasa, CUEPACS akan mengwar-warkan isu tuntutan itu, tuntutan ini sedangkan ianya hanya sebagai ‘syarat CUEPACS menjalankan kerja mereka untuk tahun berkenaan sahaja’. Ibarat memenuhkan senarai kerja mereka sahaja. Namun demikian, kali ini ammboi harap pandangan pihak terhadap CUEPACS berubah. CUEPACS perlu lebih tegas membela nasib kakitangan awam. Memang peranan kakitangan awam tidak nampak pada sumber perolehan negara. Lainlah peranan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam, PDRM dan sebagainya kerana peranan agensi ini memang mampu mengutip hasil untuk kerajaan. Tetapi tugas dan sumbangan tenaga kakitangan awam juga perlu dihargai. Bonus dua bulan memang wajar diberikan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin stabil kini.