KLServer

KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 | CHONG WEI DAN BEREGU KIEN KEAT DAN BOON HEONG MARA KE PUSINGAN KETIGA

| 11/08/2011

KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 | CHONG WEI DAN BEREGU KIEN KEAT DAN BOON HEONG MARA KE PUSINGAN KETIGA | Seperti yang diramalkan pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dengan mudah mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Wembley Indoor Arena di London Rabu. Datuk Lee Chong Wei, pemain pilihan pertama, menumpaskan Ville Lang dari Finland 21-10, 21-11 dalam masa 29 minit untuk mara ke pusingan seterusnya, di mana beliau akan bertemu pemain pilihan kesembilan Park Sung Hwan dari Korea pada hari ini.

Beregu no 1 negara Koon Kien Keat/Tan Boon Heong juga mara ke pusingan ketiga selepas menumbangkan pasangan China Liu Xiaolong/Qiu Zihan 21-6, 20-22, 21-15. Koo dan Tan, yang tewas di final tahun lepas dijadual bertemu sama ada regu Taiwan Chen Hung Ling/ Lin Yu Lang atau Ingo Kindervater/Johannes Schoettler dari Jerman. Bagaimanapun, cabaran regu wanita dan regu campuran negara iaitu Chin Eei Hui/Wong Pei Tty dan Ong Jien Guo/Chong Sook Chin terhenti di pusingan kedua. Chin dan Wong tewas kepada regu pilihan keempat Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa dari Jepun dengan 16-21, 24-22, 20-22, manakala Ong dan Chong tumpas di tangan pasangan India Diju Valiyaveetil/Jwala Gutta 11-21, 15-21.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: SUKAN

Comments (12)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mama tunz says:

    Semangat ‘Malaysia BOLEH’ harus ada dalam diri setiap atlet kita….x kira apa shj masalah dalaman yg dihdpi…tolak ke tepi…fokus pd kejohanan yang disertai tanpa memikirkan ganjaran yang bakal di terima…..

    p/s mama tunz minat & kagum akan Azizulhasni Awang

  2. amri0868 says:

    teruskan usaha pemain malaysia

    p/s: ini adalah komen testing dari admin :)

  3. chokichoki says:

    go go malaysia .

    teruskan usaha

    :)

  4. tahniah kepada wira2 negara… hop dapat melangkah lebih jauh kn

  5. mama tunz says:

    usaha pasti berjaya

  6. abgteror says:

    malam nie dia menang mudah lagik. sian aku tgk dak dari guatimala tuh main…..pulun tapi tak terdaya.