PEMILIHAN PEMAIN SKUAD OLIMPIK KEBANGSAAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2011

| 25/08/2011 | 0 Comments

PEMILIHAN PEMAIN SKUAD OLIMPIK KEBANGSAAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2011 | Sesi latihan dan pemilihan pemain skuad bola sepak Olimpik Malaysia bagi menghadapi perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Olimpik Malaysia vs Jepun akan diadakan di dalam negara dan luar negara mulai 1 Sept ini.

Seramai 22 pemain telah diminta untuk melaporkan diri untuk pemilihan bagi perlawanan Malaysia lawan Jepun di Wisma FAM di Kelana Jaya, Petaling Jaya untuk menjalani latihan dan pemilihan di bawah pengendalian jurulatih pasukan bola sepak Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee, pada 1 Sept. Pemain akan menjalani latihan di Wisma FAM dari 1 Sept hingga 15 Sept dan di Jepun dari 16 hingga 18 Sept.

Pada undian untuk pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 yang diadakan pada 7 Julai lepas, Malaysia telah diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dalam Kumpulan C. Pada perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Olimpik pada 21 September ini, skuad Olimpik Malaysia dijadual bertemu Jepun. Antara 22 Senarai Pemain Skuad Olimpik Kebangsaan menentang Jepun yang dipanggil ialah :

Senarai Pemain Skuad Olimpik Kebangsaan Menentang Jepun 21 September 2011

  1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan)
  3. Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
  4. Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah)
  5. Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
  6. Mohd Azrif Nasrulhaq (PKNS)
  7. Muhammad Nazmi Faiz (Harimau Muda B)
  8. Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)
  9. Abdul Shukor Jusoh (Harimau Muda A)
  10. K. Gurusamy Govandar (Harimau Muda A)
  11. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A)
  12. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
  13. Mohamad Amer Saidin (Harimau Muda A)
  14. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
  15. Mohd Fandi Othman (Harimau Muda A)
  16. Mohd Ferris Daniel Mat Nasir (Harimau Muda A)
  17. Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda A)
  18. Muhammad Zamir Selamat (Harimau Muda A)
  19. Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda A)
  20. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
  21. Thamil Arasu Ambumamee (Harimau Muda A)
  22. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. (Harimau Muda A)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.