PENGUMUMAN HARI RAYA 2011 | UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI PADA...

PENGUMUMAN HARI RAYA 2011 | UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI PADA 30 OGOS 2011

8 22

PENGUMUMAN HARI RAYA 2011 | UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI PADA 30 OGOS 2011 | Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Berikut merupakan rakaman Video Pengumunan Hari Raya 2011 yang ammboi petik dari laman YouTube.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011,” katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. Jadi dengan ini ammboi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN jika ada salah silap sepanjang berblog ni.