MULA191014TAMAT190115
KLServer

APPLE iPAD 2 VS BLACKBERRY PLAYBOOK | MANA SATU LAGI BEST?

| Sep 3, 2011

APPLE iPAD 2 VS BLACKBERRY PLAYBOOK | MANA SATU LAGI BEST? | Musim persaingan ‘komputer kecil’ yang ammboi kelaskan kepada genre tablet ni semakin rancak. Boleh dikatakan semua jenama kini ada tablet masing-masing. Memang mengujakan untuk kita dengar dan lihat. Namun apa yang pasti kemampuan menjadi batas untuk mendekatkan diri kita kepada si ‘dia’ yang mahal gila tu. Apapun tak salah jika kita nak menyelami kehebatan tablet-tablet ni. Ammboi memang suka baca dan membandingkan beberapa jenis tablet. Antara yang ammboi bandingkan adalah dua jenis tablet ni, iaitu Apple iPad2 vs Blackberry Playbook.

Perbandingan Harga | Barang baik sudah semestinya mempunyai fungsi yang baik kan. Harganya pun menarik. Boleh dikatakan kedua-dua model harganya bermula dari RM1500. Jadi kira seri la untuk perbandingan harga ni kan.

Perbandingan Kapasiti Storan | iPad 2 mempunyai storan dalaman 16gb, 32gb dan 64gb. Manakala Blackberry Playbook juga mempunyai storan dalaman 16gb, 32gb dan 64gb. Kedua-duanya tiada fungsi card slot tambahan. Jadi seri jugalah.

Perbandingan Paparan | iPad 2 mempunyai LCD bersaiz 9.7 inci manakala Playbook cuma 7 inci. Kualiti paparan juga lebih memihak kepada iPad dengan screen resolution 768 x 1024 manakala playbook dengan 600 x 1024. Jawapannya adalah iPad sememangnya mempunyai paparan yang lebih berkualiti kan. iPad 2 (+1)

Perbandingan Kamera | iPad 2 cuma memiliki kamera 0.7mp manakala kamera hadapannya cuma berformat VGA. Sedangkan Playbook menawarkan kamera 5mp dan kamera 3g 3mp. Fuh memang kalah teruk iPad 2 ni. Playbook (+1)

Perbandingan Kuasa | iPad 2 menggunakan cip 1 GHz dual-core ARM Cortex-A9 proccessor, PowerVR SGX543MP2 GPU jenis Apple A5 chipset manakala Playbook menggunakan 1GHz dual-core Cortex-A9 CPU, PowerVR SGX540 GPU, TI OMAP 4430 chipset. Sama-sama 1Ghz tu. Ammboi rasa sama kuat kot. Seri la kan.

Perbandingan RAM | iPad 2 menggunakan 512 MB RAM, manakala Playbook menggunakan 1 GB RAM. Nampaknya Playbook lagi berkuasa la kan dengan RAM nya yang besar tu. Konfom Playbook menang. Playbook (+1)

Perbandingan Aplikasi | Apple sudah alam memasarkan aplikasinya dalam Apple Store sedangkan Blackberry masih boleh dikatakan sangat baru lagi. Aplikasi Apple Store dikatakan sudah mencecah ratusan ribu aplikasi dan ianya lebih murah berbanding aplikasi Blackberry. iPad 2 (+1)

Perbandingan Bentuk dan Saiz | Bentuk kedua-dua tablet memang nampak canggih. Ini pendapat ammboi – namun bentuk Playbook nampak biasa dan sama jer dengan bentuk tablet-tablet lain. Sedangkan Apple iPad 2 nampak lebih ekslusif dengan design yang tersendiri. Tapi ammboi tak boleh kasi iPad 2 menang sebab itu cuma pendapat ammboi dan bukannya fakta. Jadi Seri.

Oh, dah ada 8 perbandingan, namun kedudukan masih iPad 2 vs Playbook ( 2 vs 2 ). Jadi keputusan keseluruhan ammboi boleh kelaskan kedua-dua tablet ini seri ajelah. Sebabnya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tepuk dada ajerla kalau minat gak. Nanti nak bandingkan dengan Samsung Galaxy Tab 10.1 pulak. Yehaaaa…


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments (7)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. caliph says:

    slalu review tgk ramai yg lebih suka samsung galaxy tab…

  2. cikgu bada says:

    tp galaxy tab yg baru lg best..katanya

  3. mama tunz says:

    nak 1 jugak la ….tpi ada benda lain yg lbh bekpntgn..fikir2knlah…

  4. aeroz says:

    mana lg best ye antara Samsung 10.1 atau Ipad 2. tgh berkira2 nie.. tp samsung cam slow skit..