MALAYSIA VS JEPUN 21 SEPTEMBER 2011 | ONG KIM SWEE RESAH HILANG TONGGAK UTAMA

| 14/09/2011 | 1 Comment

MALAYSIA VS JEPUN 21 SEPTEMBER 2011 | ONG KIM SWEE RESAH HILANG TONGGAK UTAMA | Prestasi yang baik semasa mengharungi Sesi Perlawanan Persahabatan di Slovakia tempohari pastinya tidak boleh dijadikan sandaran utama untuk anak buah Kim Swee menundukkan Jepun ( Jepun vs Malaysia ) 21 September nanti. Namun berbekalkan keyakinan dan moral yang baik selain keserasian antara semua pemain mungkin boleh dijadikan bekalan ketika skuad Harimau Malaya bertandang ke Jepun 21 September 2011 ini.

Namun demikian, perasaan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bercampur baur menyambut kehadiran tiga tonggak utama, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Mohd Fadhli Shas yang kembali menyertai skuad selepas dua minggu beraksi secara pinjaman dengan kelab Liga Satu Slovakia, Vion Zlate Moravce. Kepulangan trio itu kelmarin kembali melengkapkan skuad Olimpik negara yang bakal mengharungi perlawanan persiapan terakhir Olimpik Malaysia menentang skuad Olimpik Oman esok di Stadium UiTM Shah Alam. Namun apa yang menjejaskan perancangan Kim Swee apabila pemain sayap, Wan Zack Haikal dilaporkan mengalami kecederaan pangkal paha ketika menjalani latihan bersama kelab Vion.

Ketiadaan Wan Zack Haikal pastinya dirasai berdasarkan sumbangan besar yang dimainkan pemain lincah itu dalam pusingan kelayakan Olimpik dan juga siri perlawanan persahabatan di Slovakia sebelum ini. Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu menyumbat satu gol untuk membantu skuad negara menewaskan Lubnan 2-1 pada pusingan kedua kelayakan Olimpik Jun lalu manakala prestasinya terus meningkat dengan menghasilkan tiga gol dalam tujuh perlawanan di Slovakia. Apapun Ong Kim Swee akan pantau situasi dia selepas sesi latihan hari ini (semalam).


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: SUKAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mama tunz says:

    kenapa pemain bola selalu sgt cedera ek

Leave a Reply

Your email address will not be published.