SONY LANCARKAN PLAYSTATION VITA DISEMBER INI

| 17/09/2011 | 1 Comment

SONY LANCARKAN PLAYSTATION VITA DISEMBER INI | Sony Corp akan melancarkan produk terbarunya, Playstation Vita (PS Vita) pada 17 Disember depan di Jepun sebagai permulaan pelancaran seterusnya di peringkat global. Syarikat itu bagaimanapun bertegas bahawa mereka tidak akan mengurangkan harga peranti permainan mudah alih itu walaupun pesaingnya, Nintendo sudah melakukannya menerusi pemberian diskaun kepada pengguna.

Sony dikritik kerana meletakkan harga terlalu tinggi pada alat permainan itu tetapi penganalisis berpendapat gajet itu tetap menjadi pilihan peminat tegar permainan video yang tidak kisah berbelanja lebih. Presiden Sony Computer Entertainment Japan, Hiroshi Kawano telah membentangkan pelan pelancaran domestik kepada wartawan iaitu sehari sebelum bermulanya Tokyo Game Show.

PS Vita yang pertama kali didedahkan di Tokyo Januari lalu, dijangka dijual di Amerika Syarikat dan Eropah pada awal tahun depan, namun tarikh sebenar masih belum diketahui. Sony berkata, ia akan melancarkan 26 jenis perisian bersama-sama PS Vita pada 17 Disember depan dan NTT Docomo, pembekal telefon bimbit terbesar di Jepun juga akan membekalkan pelan prabayar 3G kepada pengguna PS Vita. Sumber BHarian Online | Gambar walauwei.com


Tags: , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. touya says:

    Jadi harganya berapa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.