MULA191014TAMAT190115
KLServer

BAJET 2012 | KERAJAAN KAJI BONUS LUMAYAN ATAU KENAIKAN GAJI KEPADA KAKITANGAN AWAM

| Sep 22, 2011

BAJET 2012 | KERAJAAN KAJI BONUS LUMAYAN ATAU KENAIKAN GAJI KEPADA KAKITANGAN AWAM | Memetik dari info laman blog CUEPACS melaporkan Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Jika perkara ini benar maka ia mungkin satu berita gembira buat kakitangan awam dan sudah pasti isu ini amat tidak disukai kakitangan swasta keseluruhannya. Namun dengar cerita, kerajaan juga sedang mengkaji langkah untuk menetapkan gaji minima bagi kakitangan swasta. Jadi, janganlah nak bising-bising lagi yer. Berita ni pun belum tentu kesahihannya lagi. Tunggu dan lihat Bajet 2012 7 Oktober 2011 nanti. Baca berita lanjut seterusnya.

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12. Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion. Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider. Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM, INFO SEMASA

Comments (69)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. caliph says:

    sesak nafas dgn bajet ni…

  2. Huzaifah says:

    Hopefully dapat la naik gaji kekeke…

  3. NURULHANIF says:

    harap ada berita gembira kan papa adli..:)

  4. muse says:

    untungler gov servant dah banyak kali dapat durian runtuh..

  5. suarapeople says:

    last2 gov jugak yg untung..hukhukhuk…tanam anggur cam na?

  6. semepat midat says:

    rezeki……………….x2. enti bisi…

  7. ammboi says:

    untung tu xdela.. sama jer :)

  8. maria says:

    syoknye jika ianya benar….

  9. Aida Omar says:

    rezeki tu..hehe.
    hope ada lah :)

  10. ali says:

    hurrayyyy………kabonya naik 35%…ye….ke…..!!!

  11. PENDAPAT JER.. says:

    semua ni permainan politik jer.. nak tarik undi.. pilihanraya dah dekat nie..

  12. Berharap yang terbaik je ya

  13. stella says:

    harap yg terbaek

  14. simanis says:

    semua orang happy je bila naik gaji…tapi, gaji belum naik barang2 dah melambung naiik…sama je la macam tak naik gaji…

  15. mrs.yie says:

    bila tgok belanjawan kat tv,selalunya tunggu peruntukan bahagian oku je akak ni..yg lain2 x berminat nak ambik tahu..bermula pada tahun lepas elaun oku di naikkan ke 150 sebulan..sebelum tu cuma 50 je sebulan..adakah tahun ni naik lagi?mungkin 200 sebulan..mana la tahu kan..

  16. kakirayap says:

    fuyooo…bonos….

  17. casper club says:

    salam semua…marilah kita berdoa agar PM umum kenaikkan gaji…dah beberapa tahun kakitangan awam terutamanya kakitangan kementerian Kesihatan tidak merasa kenaikkan gaji…

  18. mkb says:

    harap2 tahun ni kita dpt rasa kenaikan gaji…skrg sara hidup dah naik,asal turun kaki dari tangga guna duit,harap2 rezeki baby tahun depan la..hehehe..

  19. jaki says:

    kita rakyat susah tp org asing senag lenang di malaysia………….. apa yg diorng bayar utk krajaan. kalo sbln kutip cukai rm20,, brape bnyk bonus boleh bayar.. gaji pn boleh dtngkatkan.. tp apa krajaan buat dgn mreka ini.. x buat apa apa lnsung………pkir lh bngsa ku.

  20. kongkekman says:

    …persara pun dapek samo laa…

  21. anastasyea says:

    Harap sangat gaji kakitangan kerajaan dinaikkan dan harga barang diturunkan .. (“,)

  22. puanbee says:

    harap2 ade lah gaji minima utk kakitangan swasta juga , mcm tak adil org kerja kerajaan dpt mcm2 benefiet sedangakna org kerja swasta ade jugak sumbangan pd negara ..

  23. hashami says:

    Harap2 PM dapat tunaikan permintaan kakitangan awam mengenai kenaikan gaji thn ni..kaki tangan swasta jgnlah pula cemburu…sbb korang yang pilih kerja dgn swasta, sbb tawaran gaji yg sykt swasta tawarkan lebih tinggi daripada kerja dengan kerajaan..

  24. foster says:

    Mengapa sekarang? mengapa bukan 2 tahun sebelum pilihan raya? idealogi politik diguna pakai untuk kepentingan diri sendiri lagi? kah kah kah. bajet 7 october 2011. Tarikh kuat kuasa 1 Januari 2012. PRU november – dec 2011. kah kah kah. kita kena tipu lagi. kah kah kah

  25. terbaik_pUnYa.. says:

    harap PM umum kenaikan gaji la, tp kalau dapat dua2 pun ok gak, syukur..Alhamdulillah..
    murah rezeki..
    ini dikatakan pemimpin pk sal rakyat..bukan kerja duit rakyat je hehe..

  26. rosli says:

    harap pm dapat timbang semula tangga gaji gred R.Kerana gaji gred ini masih ditakuk lama.

  27. utada says:

    OMG…kalo betul naik gaji, i nak loan RM200000. nak buka stesen minyak..wakaka

  28. Abd. Latif Md. Salim says:

    Semoga apa yg diuar-uarkan jd kenyataan. Soal politik biarlah org politik yg fikirkan.

  29. as says:

    klu betul gaji kakitgn awam dinaikkan, alhamdulillah…. dapat lah menampung kos sara hidup yg semakin tinggi skrg.Harga barang selalu naik w’pun tiada kenaikan gaji pun.X semua kakitgn awam ni berpendapatan tinggi.

  30. said says:

    klu naik gaji syukur alhamdulillah…dapek la sonang ckit…

  31. abu bakar says:

    kalau ada kenaikan harap x sama seperti dulu.. kenaikan percentage ikut gred.. biasanya yg gred 41 paling naya.. gaji sikit.. keluar U dah dibebani ptptn..ot x boleh.. gred 32 or 38.. gaji lebih besor dari 41.. leh ot lagi.. cuepacs is realy suckksss

    • amri0868 says:

      dengar ceritanya semuanya naik sama rata dan tak lebih 20%… :)

      • abu bakar says:

        Aalhamdulillah.. bgs la kalau mcm 2.. walaupun aku x dpt apa apa tp skt hati bila tgk kenaikan yg sgt x adil kalu percentage mcm aku mention td.. samarata barula cara Islam

  32. Usop says:

    Harap naik gaji, tetapi inflasi terkawal….

  33. toyol85 says:

    Mengarut jer semua tue. Kejap2 gaji cikgu…kejap2 gaji cikgu… Tak kisahla gaji cikgu naik….tetapi apa kes pulak orang yang kerja Kementerian Kesihatan Malaysia…siang malam kerja sampai tengok bulan pun nampak macam matahari… tak pernah sekali pun kerajaan nak naikkan gaji kakitangan kesihatan… cuba fikir kalau seluruh warga KKM boikot xnak kerja 1 jam…agak2 ;a berapa ramai nyawa melayang… orang tau kritik…kualiti hospital/klinik gomen….teruk…lembab…tetapi orang x tau yang mereka nie kerja bagi nak mati tetapi x dihargai langsung… claim pun siap kene potong…inikan pulak gaji… buka la mata gomen oit….fikir la napa ramai Doktor ngan mesi cabut lari….

  34. tun sri lanang says:

    toyol85… ko ni gila ka apa? mesti la ada yg nmpk bulan sbb keja shift… memang hospt gomen ada yg teruk tapi x semua..yg teruk terutama hospt yg ramai bdk praktikal.. misi yg tua bangka leh lps tgn ja kerja bg bdk2 2 buat..hang x caya hang p hospital kuantan

  35. shazahila says:

    apeciter?….xsabaq dah ni…

  36. shazahila says:

    btul ckap tun sri lanang tuhhh….msa ak msuk hspita lu kpala angin tgok misi2..smua sruh prsktikal wat2 dorg bebel wat skit tlinga je.darah anak dh 3x amek beku(hspital jtut).rsa nak je cekek misi puntianak tuh…mnyusahkan org dtg dr jauh tpi wat men2jer…pas tu leh kol suh dtg mbik darah lg…gle ape……

  37. santai says:

    petang ini akan terungkai le segalanya.. bersedialah untuk barang naik harga esok.. hahaha

  38. Jun says:

    Salam,
    Harap bajet 2012 memberi harapan baru kepada guru-guru sekolah menengah yang bekerja sehingga petang dan hari cuti.Kami pun guru DG41 yang menerima gaji lebih rendah dari guru sekolah rendah. Harap Bajet ni membantu kami golongan Profesional yang terpaksa menunggu 10 tahun untuk pergerakan gred walaupun kami ada yang berkelulusan master dan Phd.

  39. Kie says:

    Alhamdullah dapat bonus …

  40. Kie says:

    Alhamdulillah dapat bonus …

  41. penyu says:

    bones je…baik naik gaji untuk anggota bawahan tentera…bkan nak mkn pasir..pikir lah..tentera pon guna duit jgak..harga barang dah naik tp gaji kicik….pkir lah

  42. ateh says:

    gaji naik bonus pn dapat…harap-harap prestasi kerja pn naik jgn bila kami p pejabat kerajaan & k’jaan NEGERI kol 10 semua tak ada hilang p minum la tak makan lg la mcm2….(tak semua tp kebanyakan)

  43. mamat says:

    yang bestnya kerajaan nak tambah lebih banyak lagi futsal untuk belia :D
    Terbaru : 235,952 Visitor,550,101 Pageview Untuk Bulan September

  44. dasawataram says:

    tq.PM. atas kenaikan gaji, biarlah adil kepada semua pihak, terutama guru dg41 dulu yang rugi banyak berbanding guru bukan siswazah.

  45. endy says:

    mana adil pm kita nie asyik naikkan gaji kakitangan awam je ,cuba siasat bagaimana mereka buat kerja hampeh ,pemalas ,banyak alasan ,rasuah

  46. endy says:

    cuba anda semua bayangkan mana datangnya duit kerajaan untuk membuat perlaburan itu semua dari duit kwsp kami tapi yang untungnya pekerja kerajaan yang pemalas kami pekerja swasta tiap2 bulan kena potong kwsp tak tahulah boleh rasa ke duit tu kalau umur panjang ok juga .saya ingat lebih baik kerajaan tukar slogan pekerja kerajaan di utama kan rakyat di susahkan

    • amri0868 says:

      mana tau pekerja kerajaan pemalas dan swasta rajin? tak baik tuduh, ni dh mcm fitnah…
      dosa besar tu… jika ada segelintir dari kakitangan awam yg culas, namun ia bukan mewakili kami semua..
      sama juga jika dibandingkan dgn kakitangan swasta yang berjumlah lebih 10juta org tu.. sudah semestinya ada yang culas jugak bukan..
      cuma bezanya gaji diorang dibayar kompeni manakala kakitangan awam dibayar kerajaan,
      khidmat swasta untuk kompeni manakala khidmat kakitangan awam untuk kerajaan..

  47. endy says:

    tolonglah faham masalah rakyat wahai PM,KAMI SEMUA MENYOKONG ANDA TAPI TOLONGLAH FAHAM MASALAH KAMI JANGAN ASYIK BERAT SEBELAH JE KAMI TAK PERNAH PANGKAH PEMBANGKANG DALAM PILIHANRAYA.UMNO PARTI KAMI ,KAMI SAYANG BANGSA KAMI ,KAMI SAYANG PM KAMI HIDUP NAJIB………

  48. suresh says:

    really is very powerful idea special thank go to yb.najib

  49. muslim says:

    Klula sy yg jd PM mcm2 ligat dpikiran sy.terase ingin membela nasib org yg berpendapan rendah.biar duduk sama rendah,berdiri sama tggi.xdela jd mcm skrg ni yg kaya btmbh kaya,yg miskin makin papa kedana.pikir2knla dan jenguk2knla org2 diluar sana dan disekeliling kite.

Semak Gaji Online ePanyata Gaji Fashion Bop - Professional China wholesale agency