KLServer

PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN SECARA ON-LINE DI PORTAL SPPB PADA 2012

| 23/09/2011

PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN SECARA ON-LINE DI PORTAL SPPB PADA 2012 | Mulai tahun depan, penjawat awam yang memohon pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia perlu mengisi borang secara on-line (atas talian) menggunakan portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB). Langkah ini nampaknya ada baik dan ada keburukannya juga.

Yela, kalau nak berurusan secara online, maka sistem atau server yang digunakan oleh jabatan berkenaan perlulah stabil dan boleh melayan kunjungan pelawat yang ramai secara serentak. Kalau server asyik down, maka ia tambah menyusahkan pengunjung lagi adalah. Baca berita lanjut dibawah.

Setiausaha BPP Datuk Shuib Md Yusop berkata melalui portal itu, mereka akan mendapat kelulusan secara bersyarat dengan serta merta apabila permohonan itu diisi dengan lengkap. Beliau juga menjelaskan, SPPB ini mudah diisi. Ini merupakan salah satu inovasi yang dibina sendiri BPP tanpa menggunakan konsultan luar. Malah kita mampu menjimatkan lebih sejuta setahun wang kerajaan antaranya untuk kos mencetak borang penyata tahunan. Setelah menerima kelulusan bersyarat itu, pemohon boleh membuat pembayaran wang proses melalui perbankan internet berbanding sebelum ini yang menggunakan bayaran melalui wang pos atau ‘bank draft’. Peminjam seterusnya diberikan tempoh dua minggu untuk menghantar dokumen sokongan yang berkaitan untuk tujuan pemprosesan, dan apabila kelulusan sepenuhnya diperoleh, pemohon akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurutnya lagi, sebanyak 400 peminjam telah mengemukakan permohonan melalui portal itu sejak ia mula digunakan 10 Ogos lepas dan pihaknya mensasarkan lebih ramai penjawat awam akan menggunakannya selepas ini. Melalui portal itu yang boleh dilayari melalui https://sppb.treasury.gov.my, peminjam juga boleh menyemak status bayaran balik, bayaran kemajuan, penghantaran hak milik, baki pinjaman, status permohonan dan penyata tahunan.

Setakat ini portal ini hanya boleh menampung sebanyak 1,000 peminjam sehari dan pihaknya memberi jaminan bahawa sistem ini selamat untuk digunakan kerana hanya boleh diakses oleh pemohon sahaja, kata Setiausaha BPP Datuk Shuib Md Yusop.


Tags: , , , , , , , ,

Category: Info Kakitangan Awam, INFO SEMASA, Kerajaan Dan Rakyat

Comments are closed.