DEBARAN SAFEE SALI

DEBARAN SAFEE SALI

4 151
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

DEBARAN SAFEE SALI | Hari ini merupakan hari terakhir sesi ujian pemilihan Safee Sali di Kelab Liga Inggeris, Cardiff City. Teka-teki persoalan sama ada bakal menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di sana bagaimanapun hanya akan terungkai sebaik pengumuman rasmi daripada pihak Cardiff sendiri. Apa yang pasti, perjuangan Safee sepanjang berada di sana telah menerbitkan rasa positif peminat bola sepak tempatan lantaran aksinya dikhabarkan mencetus rasa minat pengendali Bluebirds, Malky Mackay sebelum ini.

Namun, jika benar Mackay enggan ‘bersusah payah’ mendapatkan khidmat Safee lantaran isu permit kerja, apa ada hal kerana yang penting pengalaman sepanjang berguru di sana boleh dijadikan azimat buat Safee bagi meningkatkan kariernya selaku pemain bola sepak. Itupun bagi ammboi sudah memadai. Bukan calang-calang pemain ASEAN mahupun ASIA boleh ke eropah untuk menjalani ujian pemilihan / latihan bersama pasukan dengan pemain bertaraf dunia ni. Tidak kisahlah berjaya atau tidak, asalkan Safee Sali terus berjuang demi memartabatkan bolasepak negara kita ini.

Keputusan rasmi juga tidak pasti sama ada diumumkan serta merta sebaik latihan berakhir ataupun ia hanya akan diumumkan Cardiff selepas Safee pulang semula ke pangkuan majikannya, Pelita Jaya, kata Pengurus Peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim. Sumber Kosmo Online