PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA (PR1MA)
PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA (PR1MA) | Program Perumahan Rakyat 1Malaysia telahpun dilancarkan. Bagi yang berminat anda bolehlah cuba untuk memohon. Tarikh pendaftaran bermula dari 30 September 2011 sehingga 13 Oktober 2011. Sebanyak 420 unit rumah bersaiz 815 kaki persegi berharga RM120,000.00 dan 140 unit rumah bersaiz 1,006 kaki persegi berharga RM150,000.00. Lokasinya di Presint 11, Putrajaya. Untuk makluman semua, sehingga kini lebih 400 permohonan telah diterima oleh PR1MA. Anda boleh baca maklumat lanjut dibawah.
MENGENAI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT MALAYSIA (PR1MA)
Tujuan
Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman.
Latar Belakang
Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain.
Pada masa ini terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi pulangan yang lebih besar.
Rasional
Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan.
Kaedah Pelaksanaan
Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya.
SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON
- Warganegara Malaysia. Malaysian Citizen.
- 21 Tahun Ke atas. 21 Years old and above.
- Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya. Working OR Living in Putrajaya.
- Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000. Household income (Single / Husband and Wife) does not exceed RM6,000.
- Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125) Registered Voter in Putrajaya Parliament Constituency (P.125)
Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali! Please take note that any application which does not conform to the above conditions WILL NOT BE PROCESSED at once!
[UPDATE] Kemaskini Sehingga 11 Mac 2013:
CARIAN BERKAITAN
- perumahan rakyat 1 malaysia (904)
- borang prima 1 malaysia (649)
- rumah rakyat 1 malaysia (535)
- pr1ma johor (395)
- borang pr1ma (341)
Category: PR1MA

















Hahah macam tak lepas syarat je aku nih…
Huzaifah recently posted..Remaja Cungkil Mata Bersih Dosa
xlepas la tuk syarat ke 3 n 5.. nampaknya kena menetap di putrajaya.. ammboi leh cuba la.. hehe
kenapa utk warga putrajaya sahaja? mana adil huhu
muse recently posted..5 Tips Untuk Elakkan Anda Membayar Lebihan Bagasi
mungkin buat pertama kali mula di putrajaya kot..
gaji bawah rm1300 mcm mna pulak.sampai mati pun tak dapat beli rumah.beli batu nisan ja lah.
gaji minimum tu bukan bermaksud terendah.. tapi maksimum sebenarnya..
cth tdk melebihi RM6000 isi rumah.. jika saudara gaji RM1300 maka layaklah memohon..
sedeynya bila baca komen awk.. btol gak ckp awk tu..
nmpknya x merasa la ada umah sndrik kan..
SAYA ANAK JATI KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN,CUMA TIDAK BERKERJA DI PUTRAJAYA. ADAKAH LAYAK UNTUK MEMOHON SKIM INI?
layak jika anda adalah pengundi di parkimen putrajaya,,
mcm mana ye nak contact srp ni untuk info? search tak jumpa pun no telefon
oh..cuba ke lama http://www.srp.com.my. jika tiada juga anda boleh rujuk di http://www.pmo.gov.my, disana ada link ke Program Perumahan Rakyat 1Malaysia yang baru dilancarkan bebaru ni.
kalau bukan pengundi di parlimen putrajaya tak layak ke.. hbis tu macamana nak buat yea.. huhu