MULA191014TAMAT190115
KLServer

ISU KENAIKAN GAJI TAHUNAN SISTEM SARAAN BARU KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET 2012

| Oct 10, 2011

ISU KENAIKAN GAJI TAHUNAN SISTEM SARAAN BARU KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET 2012 | Pembentangan Bajet 2012 sudahpun selesai. Kini isu mengenainya masih lagi rancak dibincangkan. Masing-masing masih keliru dengan salah satu pengumuman oleh PM berkenaan kenaikan gaji tahunan 7-13 peratus tu. Siapa yang dapat dan berapa yang diperoleh masih lagi menjadi tanda tanya.

SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

  1. UMUR PERSARAAN 6O TAHUN ( OPSYEN )
  2. KENAIKAN GAJI 7-13%,( RM 80 HINGGA RM 320 )
  3. BONUS ½ BULAN ATAU MIN. RM500
  4. PERKHIDMATAN AWAM YANG DINAMIK,RESPONSIF DAN BERORIENTASIKAN PRETASI
  5. PELAKSANAN PROSPEK

Ada beberapa pengunjung blog ammboi yang bertanyakan isu ni. Sebagaimana dibawah adalah penerangan apa yang ammboi faham. Jika ada salah silap sama-sama perbetulkan dan harap menggunakan bahasa yang baik semasa online disini. Jangan mencemarkan imej kakitangan awam mahupun swasta hanya kerana ketidakpuasan hati anda tidak dilayani.

Kenaikan Gaji Tahunan antara RM80-RM320 telah diumumkan oleh PM untuk semua penjawat awam. Ia telah menambahbaik kenaikan gaji sebelum ini yang serendah RM40. Ini memungkinkan mereka yang Gred 1 menikmati kenaikan tahunan RM80 setahun. Manakala untuk lain-lain gred juga ada peningkatan sehinggalah Gred Tertinggi Jusa atau sebagainya RM320. Sebagaimana contoh dibawah :

CONTOH KENAIKAN GAJI TAHUNAN SISTEM SARAAN BARU KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET 2012

Gred 1-16 :  RM80
Gred 17-26 :  RM120
Gred 27-40 :  RM160
Gred 41-48 :  RM220
Gred 52-54 :  RM260
JUSA A,B dan C :  RM320

Namun ini cuma andaian/spekulasi semata. Untuk pengesahan kita akan tunggu dan lihat perkembangan seterusnya nanti. Apapun kakitangan awam sewajarnya mensyukuri kenaikan ini dan semoga mutu perkhidmatan awam akan terus meningkat dan cemerlang sebagaimana saranan PM kita.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (31)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Huzaifah says:

    Oo macam tu ke? Kenaikan ni akan berkuatkuasa bila?

  2. NURULHANIF says:

    yeake ammboi pasal

    2.KENAIKAN GAJI 7-13%,( RM 80 HINGGA RM 320 )

    sbb semlm sy baca dalam paper lain.. pastu ada kwn ckp pun lain.. yang Rm80-320 tu memang kenaikan gaji tahunan kita.. tangga gaji. cuma yg psl 7-13% tu kenaikan gaji mengikut sistem SBPA di mana kena pilih opsyen yg bersara smpai umur 60thn.. hehe.. tu la yg saya faham n dgr.

    sory yea kalu silap info..:)

  3. Mario says:

    adakah kenaikan gaji tahunan rm80 -rm320 dan kenaikan gaji pelarasan sekili gus 7%- 13%

  4. amal munir says:

    kenaikan yang dinyatakan adalah untuk semua penjawat awam…ada sesetengah pihak megatakan hanya guru sahaja yg naik pangkat sdgkan PM kita hanya menjadikan guru sbg cth krn guru adalah antara penjawat awam pling ramai

  5. sulusarawak says:

    ye…terima kasih di atas keprihatinan kerajaan kerana telah menaikkan kenaikkan tahunan kita…tetapi adakah itu mencukupi utk zaman sekarang?bagi ibu-bapa yg mempunyai anak yang ramai saya pasti nilai itu mmg tidak mencukupi.tetapi apa2 pun yang paling penting adalah cara kita membelanjakan hasil titik peluh kita sebaiknya..hehehe…

  6. Be says:

    pelarasan 7-13% tu lain, kenaikan tahunan 80-320 pun lain gak..2 dalam 1 dapat

  7. c2u says:

    betul ke kenaikan pangkat secara time-based untk semua penjawat awam sbb dah 17thn berkhidmat sekali naik itupun selepas 15thn, sedangkan kalau ikut time-based dah dua kali. cikgu pun dah jadi 48dah…sedangkan kita 44 itupun KUPPPPPP……

  8. norsyamsiah says:

    Assalamualaikum. Saya salah seorang daripada penjawat awam Malaysia yang harmoni ni. Yang menjadi kekeliruan sekarang ni,….. adakah kenaikan tahunan RM80- RM 320 dan kenaikan 7 hingga 13% adalah benda yang sama????? atau kenaikan gaji tahunan ADALAH RM 80-RM 320 dan kenaikan 7-13% adalah kenaikan TANGGA GAJI.

  9. KC says:

    bersyukur…nanti tuhan akan tambah

  10. ezzr says:

    bab gaji no komen. tp pasal umur bersara 60 tahun tu , krg setuju. sy bertugas sbg guru, nak membayangkan umur spt nenek2 masih mengajar, turun naik tangga, nak menanda buku, buat kerja2 pekeranian dan menangani kerenah murid yg semakin mencabar,…. waduh x sanggup. jika syarat utk dpt gaji baru, kena bekerja sehingga 60 thn,kena fikir beribu-ribu kali… sbm mensgin.

  11. zubaidah says:

    kalau ikut yang saya faham 7%-13% dan RM80-RM320 itu adalah perkara yang sama. Bersyukurlah…kira banyaklah tu.

  12. saya says:

    habis tu siapa yg tak sign tak dapat apa-apa laaa?

  13. isma says:

    Ramai yang tak setuju pencen 60 tahun. Tapi kalu dengar cakap orang-orang yang dah nak pencen dan masih sehat , diorang sangat suka. Sebab diorang tak tau nak buat ape lepas pencen kalau pencen awal. takkan nak duk masjid 24 jam…kata diorang la.

  14. TONTO says:

    JANGAN SALAH FAHAM….
    7-13% TU ADALAH PENAMBAHAN MATAGAJI PADA SKIM BARU NANTI…BERAPA KITA DAPAT? TUNGGU PEKELILING KELUAR…SEBAB INI SKIM BARU…BUKANNYA KENAIKAN GAJI PADA SKIM LAMA…

    DAN YANG KENAIKAN TAHUNAN PULA ADALAH PLUS/CAMPUR DARIPADA SEKARANG ANTARA 80-320…MAKNANYA KALAU KENAIKAN TAHUNAN PALING RENDAH SEKARANG ADALAH 40, MAKA UNTUK SKIM BARU KENAIKAN TAHUNANNYA AKAN JADI RM120 SETAHUN….

    SEKARANG NI JUSA C,KENAIKAN TAHUNAN DIA ADALAH 630 SETAHUN….TAKKAN NAK TURUN JADI 320…ITU LOGIKNYA.

  15. muslim says:

    Alhamdulillah la sape yg keje dgn kerajaan.sy amik test smpai 4 kali pun xlps lg.huhu..apela nasib pekerja swasta.tax pndptn kne byr jugak.adoii

  16. pie@dsa says:

    saya oun x paham pape tunggu jer pekeliling
    ……………

  17. PD says:

    Erm…

    Skim yg baru tu berdasarkan prestasi…. nnti sign opsyen 1 jan 2012 baca betul2 klausa dia…

    Sape yg x perform boleh ditendang bila2 saja… kalu perform, dptlah kenaikan tinggi…

    Utk yg pangkat tinggi2 tu, kena tuka ke kontrak pulak… terus diberi pencen thn depan…kalu x perform gak, kontrak ketua2 ni akan di tamatkan…

  18. bulak says:

    bab kenaikan gaji,apa yg saya dengar pulak mcm ni,13% tu untuk yang berpendapatan rendah bermula dari:
    gred 1-16 = 13%
    gred 17-26=12%
    gred 27-40=11%
    gred 41-54=10%
    gred jusa c =9%
    gred jusa b = 8%
    gred jusa a =7%
    kenaikan gaji rm80-rm320 tu adalah tambahan kepada kenaikan gaji semasa dimana penjawat awam yang menerima gaji rm 40 akan mendapat penambahan gaji minima yg lebih baik..kepala ni makin pusing dengan bab kenaikan gaji ni

  19. faizi says:

    kita tunggu jela pekeliling keluar…baru faham…

  20. mimi says:

    salam..
    mcmna pula dgn bisp? masih diteruskan?

  21. kerol says:

    @zubaidah

    aku rasa 7-13% tu kes pelarasan dlm 3 @ 4 tahun sekali,
    kenaikan rm80 ke rm320 tu utk gaji tahunan…
    sbb nyer, klu kenaikan thunan gred PAP adalah rm40 setahun, next year jd kenaikan rm80…
    so, perbezaan kenaikan thunan adalah 100%…bukan 7 – 13%…
    hehe, aku rasa cmtu la kot…

Semak Gaji Online ePanyata Gaji Fashion Bop - Professional China wholesale agency