BOLA EURO 2012 LEBIH LAJU BERBANDING BOLA PIALA DUNIA 2010 JABULANI

| Oct 12, 2011 | 0 Comments

BOLA EURO 2012 LEBIH LAJU BERBANDING BOLA PIALA DUNIA 2010 JABULANI | Demi untuk menambahkan kemeriahan dan kehebatan EURO 2012, pihak pengeluar bola rasmi kejohanan berkenaan telah mengeluarkan bola baru yang masih belum diberi nama lagi. Bola EURO 2012 terbaru ini dikhabarkan sukar diramal pergerakannya dan bergerak lebih laju daripada bola rasmi Piala Dunia di Afrika Selatan tahun lalu iaitu Jabulani.

Dengan alasan sengaja mencipta bola tersebut sedemikian rupa dengan harapan akan lebih banyak gol dapat dihasilkan di Poland dan Ukraine nanti, bola berkenaan sudah semestinya akan menjadi musuh ke13 bagi penjaga gol kerana dijangkakan penjaga gol adalah pemain yang akan berdepan masalah paling besar dengan bola ini kerana pergerakannya sukar dibaca. Nama bole berkenaan akan diumumkan pada Majlis Undian Pusingan Akhir EURO 2012 di Kiev pada 3 Disember ini.


Tags: , , ,

Category: BOLA SEPAK DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.