KLServer

7,113 POHON 560 RUMAH PR1MA | PERMOHONAN PR1MA DITUTUP SEMALAM

| 14/10/2011

7,113 POHON 560 RUMAH PR1MA | PERMOHONAN PR1MA DITUTUP SEMALAM | Macam goreng pisang panas, rumah rakyat 1Malaysia di Presint 11 Putrajaya menjadi rebutan 7,113 orang pemohon. Rumah yang disediakan cuma 560 unit sahaja. Macam mana tidak laku, harga sebenar rumah berkenaan mencecah RM200,000 sedangkan kerajaan cuma jualnya dengan harga antara RM120,000 hingga RM150,000 dan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. di Presint 11.

Berdasarkan laporan akhbar Kosmo!Online, semua 7,113 borang permohonan bagi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan menjalani proses ketat untuk memastikan pemohon yang berjaya adalah mereka yang benar-benar layak, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias. Katanya, unit itu akan memproses semua permohonan dengan dipantau oleh perunding juruaudit bertauliah iaitu KPMG Business Advisory Sdn. Bhd. (KPMG).

“Ia bagi memastikan tiada sikap pilih kasih, pemilihan adil dan telus dijalankan supaya mereka yang layak sahaja dipertimbangkan untuk memiliki rumah tersebut,” katanya pada satu taklimat khas untuk media berhubung perkembangan terkini mengenai proses permohonan tersebut.

Dalam taklimat itu, pihak media menyaksikan bagaimana semua nombor pemohon diletakkan di dalam peti khas yang kemudian dikunci sebelum diletakkan di bilik kebal. Katanya, peti tersebut hanya akan dibuka pada majlis pengundian pada Sabtu ini yang akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Kompleks Kejiranan, Presint 11 di sini.

Abdul Mutalib memberitahu, semua nombor permohonan akan disemak dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu warna biru untuk pemohon yang belum mempunyai rumah dan ia berjumlah 5,943 orang manakala warna merah jambu bagi pemohon yang sudah memiliki sebuah rumah iaitu berjumlah 1,170 orang. Program fasa pertama PR1MA ini memperuntukkan 560 unit rumah.

“Undian akan dibuat sebanyak dua kali iaitu (untuk menentukan) 560 permohonan yang akan diletakkan di bawah senarai pertama dan (untuk menentukan) 560 lagi di bawah senarai simpanan. Sekiranya dalam proses tapisan didapati ada maklumat-maklumat yang diberikan tidak benar maka permohonan dianggap tidak berjaya dan akan digantikan dengan pemohon yang berada dalam senarai simpanan,” jelasnya.

Semoga proses pemilikan rumah berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan. Bagi mengelakkan berlakunya sebarang kompromi, pihak yang berwajib mestilah senantiasa memantau proses pendaftaran dan juga cabutan undi. Jangan hanya cakap sahaja.


Tags: , , , , , ,

Category: Info Kakitangan Awam, INFO SEMASA

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. NURULHANIF says:

    la cepatnya tutup.. dop dan nak mintak(mcm la layak).. hehe

  2. Huzaifah says:

    teringin nak duduk putrajaya huhu..

  3. Mardin says:

    Di Sabah ada rumah pr1ma ka? aku nak mohon ni, sangat perlukan tempat tinggal sekarang.. rugi la duduk menwewa ni..