MULA191014TAMAT190115
KLServer

CADANGAN SERAP 30 RIBU GURU KAFA KE JAWATAN TETAP

| Oct 19, 2011

CADANGAN SERAP 30 RIBU GURU KAFA KE JAWATAN TETAP | Guru KAFA bagi ammboi juga merupakan individu penting dalam melahirkan generasi pelapis yang baik. Namun demikian peranan mereka seolah-olah nampak kecil kerana cuma berjawatan kontrak dan kebanyakkan mereka yang menjawat jawatan berkenaan tidak kekal lama kerana gagal menjamin masa depan mereka. Perkara ini telah dibangkitkan di Persidangan Dewan Negara. Baca petikan penuh dari akhbar Bernama Online.

Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan untuk menyerap kira-kira 30,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik dalam profesion perguruan. Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berkata menerusi penyerapan ke jawatan tetap, kebajikan guru KAFA akan lebih terbela di samping memberi pengiktirafan kepada sumbangan mereka dalam pendidikan agama kepada kanak-kanak.

“Guru KAFA adalah warga pendidik yang memainkan peranan besar dalam pendidikan Islam di negara ini. “Tugas mereka sangat mulia dalam melahirkan generasi cemerlang ilmu dunia dan akhirat, disamping membentuk akidah dan sahsiah murid-murid dalam membentuk modal insan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012.

Beliau berkata kebajikan guru KAFA perlu diberi perhatian agar mereka mendapat kemudahan setaraf dengan guru-guru sekolah dibawah Kementerian Pelajaran. Pada masa kini, guru KAFA berkhidmat menerusi ikatan kontrak dan mereka tidak layak mendapat faedah seperti mana penjawat awam yang mendapat kemudahan perubatan dan pinjaman perumahan.


Tags: , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM, INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Huzaifah says:

    Bagus cadangan ni…