MULA191014TAMAT190115
KLServer

REMAJA 15 TAHUN DILIWAT GURU?

| Oct 24, 2011

REMAJA 15 TAHUN DILIWAT GURU? | Kes macam ni memang agak melampau. Guru yang berperanan sebagai pendidik menjadi duri dalam daging dalam usaha memartabatkan institusi perguruan. Kes sosial dan salah laku yang sering kita kaitkan dengan mereka yang tidak bermoral sebenarnya mungkin bermula dari alam persekolahan lagi. Kes sebegini sememangnya tidak boleh dibiarkan.

Kementerian sepatutnya sudah boleh bertindak dan mengkaji siapa sebenarnya yang layak bergelar guru. Bukannya main tangkap muat sahaja mentang-mentang jawatan berkenaan memerlukan tenaga kerja yang banyak. Untuk menjadi guru, bukannya nilai gaji boleh dijadikan pancing kepada mereka yang langsung tak berminat. Namun mesti memiliki ‘sesuatu’ yang tidak ada pada orang lain sebagai bekal untuk mendidik anak bangsanya. Kes liwat ini berlaku di Miri, Sarawak. Jijik ammboi membacanya apabila pelajar berusia 15 tahun menjalinkan hubungan ‘mesra’ dengan gurunya yang dikenali dalam laman sosial facebook. Anda boleh baca berita penuh petikan Berita Harian Online seterusnya.

Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu. Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini.

Difahamkan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu sering menghabiskan masa bersama guru berkenaan di rumahnya selepas berkenalan melalui Facebook sehingga wujud hubungan rapat antara mereka.
Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit mengesyaki sesuatu apabila mendapati anaknya amat mesra dengan guru lelaki itu.

“Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan. “Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa beberapa kali diliwat suspek di rumahnya. “Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Huzaifah says:

    gila apa kena liwat…ish2 cikgu luar tabiiieee ni

  2. adamfaiz says:

    Apa la nak jadi… bapak liwat bayi,…guru liwat murid… politician liwat…

  3. Arau Blogger says:

    ha ha ha ..apa dah jadi ni ?

  4. puanbee says:

    bernafsulak tu tengok budak adoi lah .. sewel!