MULA191014TAMAT190115
KLServer

PETER BUTLER DAN HASHIM MUSTAPHA SAH JURULATIH BARU KELANTAN MUSIM 2012

| Oct 25, 2011

PETER BUTLER DAN HASHIM MUSTAPHA SAH JURULATIH BARU KELANTAN MUSIM 2012 | Tak sabar rasanya menanti Musim 2012 bermula. Rindu pula pada aksi The Red Warriors apatah lagi TRW telah tersingkir dari saingan Piala Malaysia 2011. Semua mungkin sudah tahu berkenaan perletakan jawatan Datuk M.Karathu selaku  Ketua Jurulatih TRW. Disini ammboi nak ucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada beliau atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang membimbing TRW musim 2011. Kejayaan menjulang kejuaraan Liga Super 2011 dan Piala Sumbangsih 2011.

Berikut merupakan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa berkenaan TRW Musim 2012. Tan Sri Annuar Musa telah mengesahkan Peter Butler dilantik sebagai ketua jurulatih baru Kelantan 2012 dibantu penolong jurulatih Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin manakala Hashim Mustapha dan Nafuzi Zain dilantik menjadi jurulatih baru skuad Piala Presiden 2012.

Kelantan dijangka akan menguji seorang lagi pemain import Jean emilson Black (John Black) dari Belanda dan melengkapkan pemain import ujian kelima Kelantan pada musim ini sebelum di senarai pendek bersama kesebelasan utama pemain Kelantan 2012. Kelantan juga akan mengadakan siri perlawanan persahabatan menentang pasukan daripada Singapura dan Indonesia bagi menguji pemain-pemain import ini.

Tan Sri juga turut memaklumkan kos pengurusan KAFA akan meningkat 30% pada tahun depan dalam memastikan pemain import dan barisan pemain yang dipilih terus cemerlang beraksi bersama Kelantan dalam saingan tempatan dan asia. – TRW.COM

P/S : MUSIM 2012 BAKAL MENYAKSIKAN RAMAI PEMAIN BINTANG TEMPATAN BERAKSI UNTUK TRW. KHABAR ANGIN BEKAS PEMAIN KELANTAN YANG BERHIJRAH KE NEGERI JIRAN SEBELUM INI AKAN KEMBALI BERAKSI BERSAMA TRW APATAH LAGI CERITA KAPTEN SKUAD KEBANGSAAN DAN PEMAIN SAYAP HARIMAU MUDA A JUGA AKAN HADIR KE TRW?


Tags: , , , , , , , , ,

Category: SUKAN, THE RED WARRIORS NEWS

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. HAtim says:

    x sabar nk tunggu thun depan…..

  2. Huzaifah says:

    wah2 kalau semua gi twr…gi selangor sapa pulak :P