19 RIBU PESERTA FELCRA DAPAT DIVIDEN RM70 JUTA

19 RIBU PESERTA FELCRA DAPAT DIVIDEN RM70 JUTA

1 51

19 RIBU PESERTA FELCRA DAPAT DIVIDEN RM70 JUTA | FELCRA Berhad memperuntukkan dividen bernilai RM70 juta tahun ini kepada 19,000 pesertanya di Perak, kata Pengerusinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Katanya, jumlah itu bertambah RM12 juta dari peruntukan tahun lalu. “Peningkatan dividen itu disokong harga komoditi sawit dan getah di pasaran global yang meningkat,” katanya ketika berucap pada sambutan Daya Gerakan Desa di Program Penempatan Semula Kampung (PPSK) FELCRA Serigala di sini hari ini.

Beliau berkata, FELCRA membuat empat kali bayaran dividen dan yang terakhr akan dilakukan sebelum penggal persekolahan tahun depan bermula. “Peserta akan menerima dividen antara RM3,500 dan lebih RM6,000 bergantung kepada jumlah keluasan tanah serta pengeluaran hasil ladang mereka,” katanya. Petikan : BHarian Online