KLServer

PENYOKONG TERENGGANU KECEWA TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011 HABIS DIJUAL DALAM MASA 2 JAM

| 26/10/2011

PENYOKONG TERENGGANU KECEWA TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011 HABIS DIJUAL DALAM MASA 2 JAM | Walaupun heboh pasal boikot pembelian tiket Final Piala Malaysia Terengganu vs Negeri Sembilan 29 Oktober 2011 ini, namun lain ceritanya di Terengganu.  Ibarat pisang goreng panas, tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan habis dijual dalam masa dua jam, menyebabkan ramai penyokong skuad Penyu kecewa.

Apapun ketika ini hasil tiket berkenaan pun sudah meletup-letup. Mana taknya, kat Terengganu sahaja dah habis 30 ribu keping (bersamaan RM1.5 Juta dan sama dengan jual 50 ribu keping tiket dah) – ammboi

Keadaan itu turut menimbulkan kekecohan apabila beberapa penyokong tegar meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem penjualan tiket yang dilaksanakan PBSNT. Sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada PBSNT bagi peminat bola sepak Terengganu menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini. Namun daripada jumlah itu, 20,000 diagihkan kepada 32 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan pejabat Parlimen, untuk dijual di kawasan masing-masing.  Selain teruja untuk menyaksikan Terengganu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia dalam tempoh 10 tahun, penyokong juga mahu mengambil peluang membeli tiket pada harga diskaun yang ditawarkan kerajaan Terengganu. – arena

Bagi ammboi, isu FAM ambil kesempatan mungkin tidak menjadi halangan peminat mendapatkan tiket Final Piala Malaysia ini, bahkan jangkaan ammboi tiket di Negeri Sembilan juga mungkin akan laris esok walaupun FAM bertegas tidak mahu menurunkan harga tiket berkenaan. Sebab itulah FAM tetap dengan keputusannya. Mungkin badan induk berkenaan sudah mengkaji dan menjangkakan fenomena yang bakal berlaku. Apapun ketika ini hasil tiket berkenaan pun sudah meletup-letup. Mana taknya, kat Terengganu sahaja dah habis 30 ribu keping (bersamaan RM1.5 Juta dan sama dengan jual 50 ribu keping tiket dah). Lumayan bukan….?


Tags: , , , , , ,

Category: Piala Malaysia, SUKAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Huzaifah says:

    nak buat camna. tengok kat tv je lah..