PEMAIN IMPORT KELANTAN 2012 CHIKONDI MPULULA DAN JEAN BLACK TELAH DIARAHKAN PULANG
PEMAIN IMPORT KELANTAN 2012 CHIKONDI MPULULA DAN JEAN BLACK TELAH DIARAHKAN PULANG | Skuad The Red Warriors (TRW) masih lagi memburu pemain import ‘idaman’. Beberapa pemain import telah dipanggil dan diuji oleh Ketua Jurulatih Peter Butler, namun beliau masih lagi tidak berpuas hati dengan pemain berkenaan. Peter Butler sudah semestinya arif dengan pemilihan pemain berkualiti ini dan ammboi harapkan beliau tahu pemain mana yang sesuai untuk skuad Kelantan 2012.
Dalam sesi latihan pertama TRW, ia turut disertai empat pemain import iaitu Emmanuel Okine dan Denny Antwi dari Ghana, Chikondi Mpulula (Malawi) dan Jean Black (Belanda). Difahamkan, Mpulula dan Black telah diarahkan untuk berkemas pulang setelah didapati tidak memenuhi kriteria ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Bagaimanapun, sesi latihan pertama itu tanpa kelibat beberapa pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Izuan Solahuddin dan Mohamad Ab. Aziz Ismail yang ketika itu bersama sesi ujian skuad Bawah 23 tahun negara bagi menghadapi Sukan SEA di Indonesia.
CARIAN BERKAITAN
- team kelantan 2012 (71)
- kelantan team 2012 (24)
- Emmanuel Okime (14)
- chikondi mpulula (5)
Category: SUKAN, THE RED WARRIORS NEWS















ada yang putih dak? ehehehe…
Huzaifah recently posted..Mail Si Lurus Bendul (Serius Lawak!)
import tak semestinya terbaik…