KLServer

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA INDONESIA PADA 13 NOVEMBER 2011 | MALAYSIA VS KEMBOJA (4 – 1)

| 13/11/2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA INDONESIA PADA 13 NOVEMBER 2011 | MALAYSIA VS KEMBOJA (4 – 1) | Pasukan bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.

Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan. Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39.

Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara. Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA INDONESIA PADA 13 NOVEMBER 2011

GROUP A

MALAYSIA     4     VS     1     KEMBOJA

INDONESIA     3     VS     1     THAILAND

GROUP B

VIETNAM     8    VS    0     BRUNEI

FILIPINA     0     VS     5     MYAMMAR

TIMOR LESTE     0    VS     3     LAOS


Tags: , , , , , , , ,

Category: SUKAN