PEKERJA SEKTOR SWASTA DAPAT KENAIKAN GAJI LEBIH TINGGI | PERSEKUTUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA...

PEKERJA SEKTOR SWASTA DAPAT KENAIKAN GAJI LEBIH TINGGI | PERSEKUTUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA (MEF)

0 104

PEKERJA SEKTOR SWASTA DAPAT KENAIKAN GAJI LEBIH TINGGI | PERSEKUTUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA (MEF) | Inilah yang dikatakan rezeki masing-masing. Jika ada dapat kalau tak ada bersyukurlah apa yang ada. Apa yang ammboi nak cakapkan disini adalah mengenai Isu Kenaikan Gaji di Malaysia ni. Bila ada ura-ura kakitangan awam naik gaji, mula la ada ‘suara-suara sumbang’  berbunyi kurang sedap didengar. Tapi kakitangan awam tak pernah pula merungut apabila mereka tu menerima kenaikan gaji ‘besar’ setiap tahun (walaupun bukan semua). Mula la tuduh kakitangan awam hanya makan gaji buta la, perkhidmatan teruk la.

Apa yang mereka-mereka tu nampak hanya pada kakitangan awam yang berjumlah 1.2++ juta orang ni sahaja. Bagaimana pula dengan mutu perkhidmatan pekerja swasta yang berpuluh-puluh juta orang lagi tu. Adakah perkhidmatan yang anda berikan baik atau cemerlang? Tepuk dada, tanyalah minda. Jika hanya kerana seorang kakitangan awam teruk, rasanya beribu-ribu pekerja swasta memberikan mutu perkhidmatan yang buruk. Apapun ammboi malas nak ulas panjang isu sensitif ini, jom baca petikan BERNAMA berkenaan Kenaikan Gaji Kakitangan Swasta Lebih Tinggi.

Pekerja sektor swasta menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi tahun ini tetapi bonus dijangka terus dalam trend menurun, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF). Dalam satu kenyataan Selasa, persekutuan itu berkata, berdasarkan Kajian Gaji bagi Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2011, kenaikan gaji purata sebanyak 6.45 peratus untuk eksekutif adalah lebih tinggi daripada 5.37 peratus yang diperuntukkan bagi bukan eksekutif.

“Bagaimanapun, kadar unjuran kenaikan gaji bagi bukan eksekutif dijangka berada pada 5.73 peratus pada 2012 manakala eksekutif dijangka menerima kenaikan yang lebih rendah sebanyak 6.08 peratus bagi tahun depan,” katanya.

Kaji selidik itu, berdasarkan data yang dikumpul daripada 214 syarikat responden, dilancarkan hari ini oleh Presidennya Datuk Azman Shah Haron. MEF berkata bagi kakitangan kesatuan sekerja, kadar purata gaji bagi seluruh pelarasan gaji adalah enam peratus berbanding dengan 5.8 peratus pada 2009. Azman berkata untuk 2012, unjuran bonus purata bagi eksekutif adalah 2.13 bulan, yang lebih rendah daripada 2.48 bulan tahun ini dan bagi bukan eksekutif ia adalah 1.93 bulan berbanding dengan 2.03 bulan pada 2011.

“Kami mendapati hanya 82.4 peratus daripada syarikat responden memberikan bonus kepada sama ada semua atau eksekutif tertentu pada 2011, yang lebih rendah berbanding 86.1 peratus tahun lepas, manakala 81.9 peratus bukan eksekutif diberi bonus pada 2011 berbanding 83.7 peratus pada tahun lepas,” katanya.