SYARAT DAN KELAYAKAN MEMOHON RUMAH SEWA AWAM PROJEK PERUMAHAN RAKYAT ISKANDAR MALAYSIA...

SYARAT DAN KELAYAKAN MEMOHON RUMAH SEWA AWAM PROJEK PERUMAHAN RAKYAT ISKANDAR MALAYSIA (PRISMA)

0 1662
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

SYARAT DAN KELAYAKAN MEMOHON RUMAH SEWA AWAM PROJEK PERUMAHAN RAKYAT ISKANDAR MALAYSIA (PRISMA) | Sebanyak 1,500 unit rumah sewa awam Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA) di Gelang Patah, di sini ditawarkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) kepada pemohon warga Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan.

Rumah sewa awam Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia di Gelang Patah hampir siap.

SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON

  1. Warga Malaysia yang berminat untuk memohon mesti berusia antara 20 hingga 60 tahun dan sudah berkahwin.
  2. Pendapatan kasar bulanan keluarga kurang RM3,000 sebulan. ( Jika ada seorang anak, mesti berpendapatan kasar tidak melebihi RM3,100 sebulan, jika mempunyai dua anak (RM3,200), mempunyai tiga anak (RM3,300), keluarga yang mempunyai empat anak, pendapatan mesti tidak melebihi RM3,400 sebulan dan mereka yang mempunyai lima anak dengan pendapatan kasar RM3,500 sebulan juga layak memohon untuk menyewa di rumah terletak di Lima Kedai, Gelang Patah itu.
  3. Mesti bekerja di dalam kawasan Iskandar Malaysia dengan tidak melebihi 20 kilometer dari tapak perumahan PRISMA.
  4. Tidak memiliki rumah atau tanah dalam lingkungan 30 kilometer dari tapak sama dan tidak memiliki rumah awam kerajaan Johor di Iskandar Malaysia.

Projek perumahan PRISMA antara lain dirancang secara menyeluruh dan holistik yang menyediakan kawasan perumahan dan kemudahan awam sebaik mungkin kepada penghuninya. Rekaan adalah untuk menyediakan keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk mengikut Teknologi Hijau dan Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Alam Sekitar (CPTED). Projek itu menyediakan 1,350 unit apartmen dengan tiga bilik tidur berkeluasan 900 kaki persegi dan 150 unit dengan empat bilik berkeluasan 1,200 kaki persegi, selain apartmen mesra orang kurang upaya (OKU) turut disediakan di tingkat bawah.

HARGA SEWA PROJEK PERUMAHAN RAKYAT ISKANDAR MALAYSIA (PRISMA)

Harga sewa rumah adalah bergantung kepada kedudukan tingkat rumah dengan bilangan bilik tidur serta tidak termasuk bil elektrik, air dan kumbahan. Penyewa perlu membayar deposit sebanyak dua bulan sewa serta sebulan wang pendahuluan, selain deposit air, api dan kumbahan masing-masing sebanyak RM100.

Harga sewa bulanan di tingkat bawah untuk tiga bilik tidur adalah RM420 manakala empat bilik sebanyak RM560. Sewa di tingkat satu untuk tiga bilik adalah RM400 dan empat bilik tidur (RM530); tingkat dua untuk tiga bilik (RM380) sebulan dan empat bilik (RM505), manakala tingkat atas untuk tiga bilik (RM360) dan empat bilik (RM480) sebulan.

SUMBER : BHARIAN ONLINE