KLServer

(GAMBAR) ARTIS KONTROVERSI ZARINA ANJOULIE LAVOCAH BERAKSI ‘GANAS’ DALAM MAJALAH VERSI INDONESIA

| Nov 16, 2011

(GAMBAR) ARTIS KONTROVERSI ZARINA ANJOULIE LAVOCAH BERAKSI SEPARUH LUCAH DALAM MAJALAH VERSI INDONESIA | Aksi mengghairahkan Zarina Anjoulie Lavocah memberikan gaya yang cukup ‘panas’ sehingga menampakkan sebahagian payu daranya seperti yang tersiar di dalam majalah FHM versi Indonesia edisi bulan ini menjadi bualan ramai. Pastinya kebanyakan komen yang diterima adalah kata-kata berbaur kutukan dan kecaman berapi oleh mereka yang tak puas hati dengan aksi berani mati pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Anak Pontianak ini.

Disebabkan keberaniannya itu, ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimahukan gadis berusia 24 tahun ini apabila mengambil keputusan bergambar seksi yang keterlaluan? Adakah kerana dahagakan publisiti ataupun memang menjadi prinsip hidup Zarina untuk berbuat apa saja tanpa perlu memikirkan sensitiviti masyarakat sekeliling. Sambil menegaskan tindakannya itu tak ada kena-mengena dengan percubaan mencari publisiti murahan, gadis berdarah kacukan Melayu, Iran dan Scottish ini juga menyelar sikap sesetengah pihak yang hanya nampak kesalahannya saja walaupun apa yang dilakukannya itu tidak banyak beza dengan apa yang pernah dilakukan artis lain.

Ammboi tertarik pada salah satu jawapan Zarina apabila ditanya oleh wartawan HIP. Memang melampau jawapannya. Boleh dikatakan maksud beliau, kalau dia buat baik pun orang akan mengata jugak. Aish…cubalah buat baik dulu, jangan hanya nak mencetuskan kontroversi semata. Ayat si Zarina ni lebih kurang dengan maksud ‘kalau dah memang dia buat dosa dan kena ke ‘sana’, apalah salahnya kalau dia teruskan sahaja, ke ‘sana’ jugaklah jawapannya bukan..’.

HIP: Ramai yang berkata Zarina memang ratu kontroversi kerana lepas satu, satu cerita kontroversi berkaitan Zarina dipaparkan.
Cakaplah apa saja, saya tak kisah pun. Sebelum ini pun macam-macam kata hinaan dan cacian dilemparkan kepada saya. Jadi saya sudah lali mendengarnya. Apalah sangat dengan gelaran ratu kontroversi itu. Perkara ini tidak akan menjadi kontroversi jika tak ada pihak yang menyebarkan dan disiarkan di dalam akhbar. Jangan salahkan saya apabila perkara ini menjadi kontroversi. Seperti yang saya tegaskan tadi, orang seperti saya ini, buat apa pun, pasti akan dikecam. Walhal ada juga gambar artis yang disiarkan di media sama juga seksi dengan gambar saya, tapi tak ada siapa pun yang buat kecoh. Mungkin artis itu kawan-kawan mereka jadi tidaklah disensasikan sangat perkara itu berbanding gambar saya. Hanya kerana sekali pernah buat silap, sampai bila-bila orang akan label saya sebagai jahat.

Gambar : yynr.org | Petikan dan Olahan dari : BHarian Online


Tags: , ,

Category: ADMIN

Comments are closed.