MULA191014TAMAT190115
KLServer

GAJI SBPA 2012 | PEKELILING BARU PADA BULAN DISEMBER INI?

| Dec 1, 2011

GAJI SBPA 2012 | PEKELILING BARU PADA BULAN DISEMBER INI? | Pada 23 November 2011 yang lepas, satu pekeliling baru telah diluluskan berkenaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012 (SBPA2012). Pekeliling berkenaan yang dijangka diedarkan pada bulan ini (Disember 2012) dijangka memberi ‘kesan’ kepada kakitangan awam keseluruhannya. Namun kesan yang diharapkan itu tak semestinya baik malah mungkin boleh memberi keburukan kepada kakitangan awam yang dijangka ‘gagal’ semasa SBPA2012 dilaksanakan.

Menurut sumber yang ammboi baca, Berita Semasa, ada menyebut mengenai maklumat atau cara skim berkenaan dilaksanakan. Antaranya ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru : “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru : Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

  • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
  • Premier – RM40,000
  • Jusa C – RM12,000
  • Pengurusan & Profesional – RM6,000
  • Pelaksana – RM3,000

Itulah sedikit sebanyak info yang ammboi baca dan ambil untuk dikongsikan disini. Jika anda inginkan maklumat lanjut silakanlah ke laman Berita Semasa. Apapun apa pendapat anda mengenai SBPA 2012 ini?


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM, INFO SEMASA

Comments are closed.