PEMILIHAN LAGU “CINTA MUKA BUKU” DIPERTIKAI KE ANUGERAH JUARA LAGU (AJL2012)

| Dec 4, 2011 | 2 Comments

PEMILIHAN LAGU “CINTA MUKA BUKU” DIPERTIKAI KE ANUGERAH JUARA LAGU (AJL2012) | Jumaat lepas, 12 buah lagu sudah diumumkan sebagai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 2012 yang bakal bersiaran pada 29 Januari 2012 depan. Dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pasti akan ada ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap pemilihan sesebuah lagu.

Kali ini, lagu dendangan Najwa Latif,16, yang berjudul ‘Cinta Muka Buku’ dianggap tidak layak sehingga menimbulkan spekulasi ramai pihak. Menjawab kepada spekulasi berkenaan kepada MH Online, Najwa mempunyai pandangannya sendiri;

CINTA MUKA BUKU OFFICIAL VIDEO CLIP – NAJWA LATIF

” Lagu yang ‘simple’ dan ringkas lebih senang untuk difahami dan itulah kekuatan lagu tersebut. Malah, peminat pun boleh menyanyikan lagu itu bersama-sama. Saya tidak kisah jika lagu itu dipertikai kerana saya mengambil pandangan tersebut sebagai satu pengalaman dan terimanya dengan positif. Lain orang lain citarasanya terhadap sesebuah lagu. Apa pun, saya bersykur kerana terpilih sebagai finalis”.

“Masa mula-mula lagu ‘Cinta Muka Buku’ diumumkan, saya menangis kerana tak sangka lagu yang dicipta selama tiga hari sahaja telah terpilih. Tak sangka, lagu itu hanya dibuat untuk suka- suka tetapi akhirnya berjaya hingga ke tahap ini.” Katanya teruja.

Ditanya mengenai perkembangan terbarunya pula, Najwa kini sedang menyiapkan album mini pertama yang memuatkan lima buat lagu. Album tersebut bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan. SUMBER


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN, INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. azrijohan says:

    haters gonna hate, but i know Najwa Latif is strong enough to face them 😀
    good luck to Najwa Latif – awesome friend

  2. titan says:

    layak pun masalah..tak layak pun nanti orang bising gak. huh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.