MULA 17/04/12 TAMAT 17/05/12

PEMOHON BR1M TIDAK PERLU BERI AKAUN BANK

| 14/12/2011

PEMOHON BR1M TIDAK PERLU BERI AKAUN BANK | Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai. Beliau berkata, kementerian itu menerima aduan orang ramai tentang munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.

“Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan, bukannya nombor akaun bank mereka,” katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Lim berkata, sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati. Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya.

Beliau berkata, borang bantuan BR1M diedarkan secara percuma sejak Sabtu lalu, yang boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Pendaftaran permohonan BR1M bermula pada 10 Disember lalu dan tarikh akhir menghantar borang adalah pada 10 Januari tahun depan (2012). Maklumat lanjut mengenai BR1M juga boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan memberitahu satu sidang akhbar lain di sini pihaknya akan ‘turun padang’ Ahad ini membantu masyarakat India yang masih keliru dengan syarat kelayakan BR1M. Mohan berkata, Pemuda MIC akan mengedar lebih 50,000 borang BR1M percuma dan membantu dalam mengisi borang.

“Tindakan ini diambil selepas menerima panggilan mengenai BR1M dan bagaimana mendapatkan borang. Pendaftaran BR1M secara besar-besaran akan dibuat bagi memastikan tidak ada sesiapa yang tertinggal di kalangan masyarakat India untuk mendapat bantuan khas ini,” katanya.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan RM500 kepada seorang lelaki dan wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan berpendapatan kasar isi rumah bawah RM3,000 sebulan. Mohan meminta Kementerian Kewangan mengadakan talian khas dalam bahasa Tamil bagi memudahkan kaum India memahami tentang BR1M. “Sekiranya ada bahasa Tamil lebih senanglah masyarakat India memahami cara memperoleh bantuan itu,” katanya. Petikan : BHarian Online

Incoming search terms:

  • tarikh tamat br1m (107)
  • www lembaga hasil dalam negeri gov com (29)
  • lhdn bantuan 500 (20)
  • pendaftraan brim online (11)
  • BORANG BR1M LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (9)
  • br1m tarikh tamat (9)
  • brim gov com (6)
  • kelayakan brim (5)
  • bantuan 500 online (4)
  • tarikh tamat permohonan br1m (4)

Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA, Kerajaan Dan Rakyat

About the Author ()

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0868@gmail.com]

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Jane says:

    Madam Lee Soo Heok I/C 401018-02-5028 now is a Singapore PR and she is not eligible for BantuanRakyat !Malaysia(BR1M) because she is now working in Singapore.

  2. m.farid anuar says:

    akm…ni farid pun lama tggu x dpt surat br1m blm lg….