ASTRO NJOI | ASTRO LANCAR TV SATELIT PERCUMA PERTAMA MALAYSIA?

ASTRO NJOI | ASTRO LANCAR TV SATELIT PERCUMA PERTAMA MALAYSIA?

0 186

ASTRO NJOI | ASTRO NJOI LANCAR TV SATELIT PERCUMA PERTAMA MALAYSIA? | Astro melancarkan televisyen satelit percuma pertama Malaysia, NJOI, sebagai sebahagian daripada aspirasi untuk menyediakan pembelajaran sepanjang hayat, maklumat, hiburan, termasuk sukan, secara percuma untuk rakyat Malaysia.

Astro akan memperkenal NJOI menerusi tiga fasa. Beliau berkata menerusi fasa pertama, Astro akan mengagihkan 50,000 dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih.

Fasa kedua pula membabitkan usaha menjadikan perkhidmatan NJOI disediakan kepada semua, menjelang suku pertama 2012, dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan.

Menerusi fasa ketiga pula, pelanggan NJOI boleh memilih sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri, daripada menu produk dan perkhidmatan menerusi mekanisma prabayar, yang akan disediakan menjelang pertengahan 2012.Pelanggan NJOI boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.