KLServer

PENARI TIANG GADIS SIAM DISERBU!

| 29/12/2011

PENARI TIANG GADIS SIAM DISERBU! | Seramai 68 wanita pelayan pelanggan (GRO) termasuk 17 warga Thailand yang sedang menghiburkan pelanggan dengan tarian ghairah dan tarian tiang ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di ibu negara, awal pagi semalam. Ketika serbuan mengikut Ops Noda oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), seorang pondan warga Thailand yang asyik menari tarian ghairah di hadapan 27 pelanggan turut ditahan.

Pondan yang sudah menukar jantina berusia 20-an itu ditahan dalam serbuan pertama sekitar jam 12.30 tengah malam di sebuah pusat hiburan Jalan Changkat Thambi Dollah. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa, berkata 17 wanita Thailand dan pondan yang berusia antara 21 hingga 33 tahun itu turut didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat hiburan berkenaan.

“Kita percaya mereka kerap keluar masuk ke negara ini dan pernah bekerja di beberapa pusat hiburan sekitar ibu negara secara haram. Kita dapati pusat hiburan itu yang dipercayai baru empat minggu beroperasi tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan,” katanya. Azman berkata, pengusaha pusat hiburan itu didapati menggunakan khidmat wanita Thailand untuk menarik pelanggan dengan menganjurkan tarian tiang yang mengghairahkan.

“Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah dan mereka (pelanggan) akan mengalungkan kalungan bunga kepada penari kegemaran mereka sebagai bayaran tips. Lebih banyak kalungan bunga, lebih banyaklah jumlah tips yang diterima penari,” kata Azman yang turut mengakui tarian tiang kini umpama satu tren di kalangan pengusaha pusat hiburan sekitar ibu negara. Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah pusat hiburan di Wisma PGRM 2, Cheras sekitar jam 2 pagi pula, 37 wanita tempatan serta seorang wanita Vietnam berusia 17 hingga 50 tahun yang menjadi GRO ditahan. – BHarian Online


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.